(Video)Syed Saddiq Kongsi Alamat Rumah, Ajak ”Rider” Food Panda ”Face To Face” Cari Solusi Kes Viral

Isu mengenai pekerja-pekerja Food Panda yang sedang menuntut pembelaan bagi mendapatkan hak mereka telah menarik perhatian Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menerusi media sosial Twitter, beliau telah mengajak kumpulan itu hadir ke rumahnya pada malam esok bagi satu sesi dialog ‘face to face’ untuk mendengar permasalahan mereka.

Berdasarkan video yang dimuat naik, beliau melahirkan rasa simpati terhadap nasib pekerja-pekerja Food Panda yang majoriti terdiri daripada golongan anak-anak muda yang bekerja siang dan malam.

”Saya bersimpati dengan nasib pekerja-pekerja Food Panda yang sekarang ini sedang menuntut pembelaan bagi hak mereka.

”Majoroiti mereka yang bekerja dengan food panda dan dalam sistem Gig-ekonomi datang dari golongan anak muda yang bekerja siang dan malam.

Sistem Gig-ekonomi ini ada banyak baiknya tetapi kita perlu pastikan ada satu sistem semak imbang yang menyeluruh yang dapat mempertahankan nasib golongan pekerja dalam sistem Gig-ekonomi seperti Food Panda.

”Sebab itu pada esok malam 9.30 saya ingin menjemput rakan-rakan Food Panda dan umum untuk datang ke rumah saya untuk satu sesi dialog di rumah saya rumah No.4 SS1/41 Petaling Jaya.

”Saya ingin mendengar suara anda supaya isu ini dapat dibangkitkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada hari rabu. Suara anda, suara saya.” katanya.

Baru-baru ini tular di media sosial, pekerja-pekerja Food Panda yang  berkumpul beramai-ramai di perkarangan syarikat itu di SouthGate Sungai Besi kerana dikatakan mogok bagi membantah skim baru yang diperkenalkan.

Sumber : Syed Saddiq




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top