(Video)”Hebatnya, Saya Pun Seram”, Rakyat Kagum, Tunku Azizah Tunjuk ‘Skill’ Main ‘Flying Fox’

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dikenali sebagai kerabat diraja yang sangat mesra dengan rakyat jelata. Sebelum ni, perkongsian Raja Permaisuri Agong di laman sosial sering mendapat perhatian rata-rata warganet. Namun begitu, ramai rakyat yang tidak mengetahui bahawa Raja Permaisuri Agong kita ini merupakan seorang yang berani.

Perkara ini dilihat menerusi satu rakaman video yang memaparkan keberanian Tunku Hajah Azizah Aminah yang melakukan aktiviti ‘flying fox’ di Lubuk Yu, Maran. Rakaman video tanda #throwback itu telah dimuat naik menerusi akaun Twitter Tourism Pahang.

 

Rata-rata warganet yang melihat rakaman tersebut juga ternyata gembira dan kagum dengan keberanian dan gelagat Raja Permaisuri Agong.

Anakanda kepada Raja Permaisuri Agong, Tengku Afzan juga turut menzahirkan rasa gembiranya terhadap aktiviti yang dilakukan oleh bondanya.

“I’m smilling comelnya RPA”

“Wow, Tuanku Permaisuri minat dengan aktiviti lasak juga. Terbaik”

Sumber: Tourism Pahang




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top