(Video)”Dia Berdiri Depan Orang Tembak Guna Peluru Hidup” Viral Video Kehebatan Arwah Mejar Zahir Ajar Tentera China Menembak

Keberanian Allahyarham Mejar Zahir Armaya pernah menjadi kekaguman pasukan tentera People’s Liberation Army (PLA) dari China dalam latihan ketenteraan melibatkan Malaysia, Thailand dan China dalam Eksesais Aman Youyi pada tahun 2018 yang lepas.

Latihan ini bertujuan untuk mengukuhkan kerjasama tiga negara dalam menangani isu keselamatan serantau dengan mewujudkan kefahaman prosedur operasi gabungan negara ini.

Ketika eksesais berkenaan, Allahyarham telah ditugaskan untuk melatih pasukan penembak PLA. Detik tersebut telah diabadikan dalam satu dokumentari negara berkenaan yang jelas menunjukkan kekaguman mereka terhadap keberanian Allahyarham ketika melatih para penembak.

Allahyarham dilihat bermundar mandir di antara papan sasar dengan penembak yang menggunakan peluru hidup, merisikokan nyawanya untuk melatih kemahiran penembak dan memberi tekanan mental kepada mereka.

Salah seorang tentera berkata, “Dia berdiri di depan papan sasar dan hanya memberi sedikit ruang untuk menembak.”

“Jarak papan sasaran cuma 25 meter. Dia berdiri di tepi papan sasaran, menghadap para penembak secara bertentangan,” kata penembak yang lain.

Selain itu, seorang peserta lain berkata, “Ketika dalam latihan tembak dan gerak, kita bergerak tiga langkah lalu pusing dan menembak, dan dia pun berdiri di hadapan pistol.

Tindakan beliau menunjukkan keyakinannya terhadap para peserta.

Ini cuma sebahagian kehebatan komando Gerup Gerak Khas milik Tentera Darat Malaysia. Kita tak perlu mendabik dada mengatakan diri adalah yang terbaik, tapi biarlah tentera negara lain menilai kehebatan mereka.

Kalau tentera China sendiri sangat kagum dengan kehandalan anggota Gerup Gerak Khas TDM, kenapa pula ada segelintir rakyat Malaysia mempertikaikan kehandalan dan keberanian GGK?

Mereka pasukan komando berlatih untuk perang, bukan berlatih untuk pertunjukkan!

Sumber: Perajurit – Penjana Pemikiran Pertahanan




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top