(Video)Berbahaya Kepada Kanak-Kanak, Ini Terjadi Di Dalam Badan Setiap Kali Udara Tercemar Dihirup

Jerebu yang tebal merupakan salah satu tanda jelas pencemaran disebabkan zarah kotor di dalam udara yang boleh menjejaskan kesihatan.

Zarah halus asap dari udara tercemar atau dikenali sebagai PM 2.5 adalah 25 kali lebih kecil dari diameter rambut manusia. Apabila kita bernafas, zarah ini akan memasuki ke dalam badan melalui hidung dan mulut.

Ketika proses pernafasan, udara akan melalui organ pernafasan dan masuk ke dalam paru-paru, menuju ke alveoli di mana oksigen akan menyerap masuk ke dalam salur darah.

Zarah yang terkandung di dalam udara akan menembusi salur darah yang akan mengalir ke organ lain, seterusnya mengganggu fungsi normal organ antaranya paru-paru, otak dan jantung.

Sekiranya kanak-kanak terdedah kepada pencemaran udara, sel otak mereka akan rosak seterusnya menjejaskan sistem kognitif dan mengakibatkan penyakit neurodegeneratif pada masa akan datang.

Selain itu, zarah di dalam udara tercemar juga boleh menyebabkan strok, pneumonia, kanser paru-paru dan penyakit jantung iskemik.

Sebagai langkah berjaga-jaga, anda dinasihatkan untuk mengelakkan aktiviti luar rumah sekiranya tidak perlu. Pakai topeng khas yang boleh menapis zarah tersebut dan makan makanan yang kaya dengan vitamin C, E dan omega 3.

Sumber: UNICEF




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top