(Video) Terjebak Drama Sweet Dream, Parodi Remaja Ini Lakon Watak Puteri Cuit Hati Netizen

Baru melabuhkan tirai pada hari Khamis lalu, drama ‘Sweet Dreams’ gabungan mantap pelakom Mira Filzah dan Ben Amir yang membuatkan ramai para penonton jatuh hati dan cair dengan kecomelan si ‘Puteri’ bercinta dengan jejaka kacak ‘Qash’.

Boleh dikatakan setiap minggu drama cinta ini menjadi trending no 1 di laman media sosial terutama sekali di laman Twitter. Drama tersebut sepatutnya berakhir pada episod ke 18 tetapi ditambah dua episod pada saat-saat akhir untuk memberikan lebih kejutan kepada para penonton.

Gara-gara tersebut, sekumpulan remaja memuat naikkan sebuah video parodi di twitter berdasarkan tema drama tersebut yang membuatkan netizen ‘geli hati’ melihat gelagat remaja lelaki berlakon menjadi Mira Filzah.

Remaja tersebut meletakkan parodi drama Sweet Dreams pada episod ke 21.

Menerusi laman Twitter Hidayah, mempersembahkan lakonan parodi oleh rakan lelakinya di sebuah pusat pengajian tinggi.

Dalam medium media Youtube ini menayangkan episod penuh perodi ini yang meletakan tajuk ‘Saweesweet Dreams’. Antara yang menjadi tumpuan netizen terhibur adalah gelagat Si ‘Puteri’ jadian ‘tapau habis’ karakter dalam video tersebut yang dilakon semula oleh pemilik akaun Twitter Theaaliffizahar.

Walaupun tiada kehadiran Qash dalam video ini, aksi yang dilakonannya sangat membuat sesiapa yang menonton pasti ketawa besar.

 

Walaubagaimanapun, si cantik manis Mira Filzah memberi reaksi kepada parodi ini telah kicau semula video tersebut dengan menandakan bentuk emoji hai dan ketawa.

Ternyata lakonan serta gelagat lucu yang ditampilkan oleh remaja ini tidak mengecewakan apabila terdapat banyak reaksi daripada netizen.

“Boleh eh dia buat muka serious macam tu”

“Takleh ah penat ketawa…”

“Kalau aku ni sampai esok pun tak siap sebab takleh la buat muka serious nanti mesti gelak..”

Masih tak boleh move on..

 

Sumber: Hidayah, Aliffizahar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top