(Video) Sedih, Bomba Selamatkan Penyu Malang Tersangkut Pukat

Kebersihan kawasan pantai merupakan tanggungjawab bagi setiap individu yang berkunjung ke pantai. Perkara ini berikutan terdapat lambakan sampah di kawasan pantai sehingga boleh mencacatkan pemandangan serta kebersihan di kawasan sekitar.

Selain memberi kesan buruk kepada pemandangan kawasan pantai, sampah-sarap juga boleh menjejaskan kualiti air laut dan juga ancaman kepada kehidupan laut. Ini berlaku daripada kes hidupan laut yang mati disebabkan tertelan plastik dan mungkin mengalami simptom ‘kekenyangan palsu’.

Antara hidupan laut yang paling banyak menjadi mangsa seperti penyu yang sering menganggap sampah-sarap seperti plastik merupakan makanan yang boleh dimakan. Selain daripada sampah-sarap, pukat hanyut juga boleh menjadi ancaman kepada penyu sehingga menyebabkan kecederaan malah mengundang maut.

Video rakaman diatas menunjukkan beberapa anggota bomba sedang bertungkus-lumus mengeluarkan seekor penyu terperangkap didalam pukat hanyut.

Penyu malang ini akhirnya berjaya dikeluarkan dan dilepaskan kembali ke dalam laut. Namun, sejurus ianya dikeluarkan, penyu tersebut kelihatan seperti tidak bermaya dan pergerakkannya yang terbatas.

Disebabkan itu, salah seorang anggota bomba mengangkatnya dan membawa ke pesisir pantai supaya memudahkannya untuk bergerak ke dalam air.

Sumber: Friends of Bomba




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top