(Video) Satu Keluarga Dapat Hidayah Peluk Islam, Detik Indah Dirakam Sayu

Siapa pernah menyangka, hidayah daripada Allah akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Beruntunglah golongan-golongan yang menerima hidayah terutamanya bagi orang yang baru sahaja memeluk Islam. Perkara ini kerana seseorang itu seperti mendapat kehidupan baru yang pastinya lebih baik dari sebelumnya.

Menerusi beberapa ciapan melalui akaun Tweet Islamik di laman Twitter, terdapat perkongsian mengenai kisah sebuah keluarga yang memeluk Islam.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Menerusi perkongsian tersebut, wanita yang dikenali sebagai Puan Erina bersama keluarganya telah sama-sama memeluk Islam. Menurut perkongsian itu, hati dan jiwa menjadi lebih tenang selepas melafazkan dua kalimah syahadah.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Proses melafazkan dua kalimah syahadah telah dilakukan di Masjid Al Firdaus, Bandar Baru Selayang sebelum mendaftarkan pengislaman di Majlis Agama Islam Selangor Daerah Gombak. Detik bermakna itu telah berjaya dirakamkan dan telah dimuat naik ke dalam media sosial. Rata-rata wargamaya terutamanya yang beragama Islam menyambut baik kehadiran saudara baru mereka itu di dalam Islam.

Sumber: Tweet Islamik / Muallaf Rawang




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top