(Video) Ribuan Jemaah Banjiri Solat Jumaat Masjid Besi Teruja Dengar Bacaan Ayat Suci Qari Tersohor, Sheikh Misyari

Sebentar tadi, jemaah yang hadir untuk solat Jumaat di Masjid Besi, Putrajaya sungguh bertuah kerana solat Jumaat hari ini diimamkan oleh Syeikh Mishary Alafasy. Beliau merupakan antara imam dan khatib yang mengetuai bacaan 10 malam terakhir di Masjid Al-Kabir (Masjid Agung) Kuwait.

Tengah hari tadi, peluang untuk mendengar alunan merdu bacaan surah oleh beliau tidak dilepaskan rata-rata jemaah.

Apa tidaknya, Syeikh Mishary Alafasy terkenal sebagai seorang imam, qari dan hafiz al-Quran dengan suara paling lunak dan digemari seluruh dunia. Rakaman video tilawah beliau sering mendapat perhatian global.

Alunan bacaannya yang sangat merdu menambat hati ramai orang sehingga menjadikan beliau seorang tokoh yang sangat disegani.

Rakyat Malaysia khususnya memuji bacaan ayat suci yang diperdengarkan melalui televisyen dan video-video yang dikongsi melalui laman media sosial hari ini.

Antara penceramah yang turut tak melepaskan peluang bertemu dengan beliau ialah Da’i Wan dan Dr. Zakir Naik.

 

Sumber: Twitter




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top