(Video) Niat Romantik Melamar Dalam Air Bertukar Tragedi, Si Cinta Hati Tidak Timbul Kembali

Patah seribu. Hancur hati seorang wanita apabila lelaki yang menjadi cinta hati selamanya pergi di hari paling istimewa mereka berdua.

Steven dikenali dengan sikapnya yang suka menghiburkan orang lain dengan personaliti yang ceria dan mesra. Sifatnya itu terbukti ketika dia melamar teman wanitanya dengan cara romantis dan unik dengan melamar wanita berkenaan sambil menyelam di dalam air ketika percutian mereka di sebuah resort bawah laut.

Namun sayangnya, dia tidak timbul hingga ke akhirnya.

Tiada perkataan yang dapat menggambarkan betapa indahnya hatimu, Steven Weber. Awak ibarat cahaya yang menerangi setiap orang di sekeliling. Awak sering membawa kebahagiaan kepada setiap orang. Awak seorang yang baik, penuh belas kasihan dan selalu buat saya ketawa. Awak berikan saya kasih sayang yang tak pernah saya rasai sebelum ini.

Awak tak pernah timbul dari sana, jadi awak tak pernah dapat mendengar jawapan saya, “Ya! Ya! Berjuta kali ‘ya’, saya akan kahwini awak!”

Awak tak sempat menyambut permulaan hidup kita bersama. Hari terbaik kita menjadi hari terburuk, perubahan takdir yang tak dapat dijangka.

Saya akan cuba pujuk hati ini dengan pengalaman ‘bucket list’ yang kita buat sama-sama beberapa hari sebelum ini. Kita berdua sangat gembira dan teruja dalam detik-detik akhir kita bersama.

Hanya beberapa hari sebelum awak pergi, awak katakan pada saya,

“Saya pernah melihat beberapa pesakit kanser dalam perjalanan (trip) ini, dan ia memberi kesedaran kepada saya bahawa ini adalah perkara seumur hidup yang dikehendaki oleh orang-orang sebelum mereka mati.”

Dan ini puncak kehidupan kita. Kita sangat dirahmati.

Ya, duhai cinta hati ku, malaikatku, jiwaku. Kita dirahmati. Saya akan cari awak dan kahwini awak dalam hidup kedua kita dan seterusnya. Saya amat mencintai awak dan akan sentiasa mencintai awak.

“Tolong doakan buat semua keluarga dan rakan-rakan yang amat menyayanginya. Sayangilah antara satu sama lain selagi anda mampu, sedalam-dalamnya,” tambahnya.

“Bersemadilah dengan baik, sayangku. Ketahuilah bahawa awak sentiasa dicintai selama-lamanya!”

Sumber: Kenesha Antoine




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top