(Video) Ngeri Tengok Jalan Raya Merekah, Gempa Bumi Kuat Goncang Pakistan, ‘Telan’ 19 Nyawa

Gempa bumi 5.8 magnitud menggegar timur Pakistan dan membunuh sekurang-kurangnya 19 orang dan mencederakan lebih daripada 300 orang. Menurut pegawai, gempa itu dilaporkan terjadi  berhampiran dengan bandar Mirpur, di Kashmir yang dikendalikan oleh Pakistan.

Banyak video dan gambar mula berlegar di media sosial, salah satu daripadanya adalah rakaman di mana kenderaan-kenderaam tersadai tepi dan ada yang hampir ‘ditelan’ oleh tanah akibat gempa berkenaan.

Terdahulu, pernah dilaporkan bahawa beribu-ribu mangsa terkorban akibat gempa gergasi yang pernah terjadi di sini sekitar tahun 2005. Setakat ini masih belum ada jumlah yang tepat tentang nilai kerosakan. Namun pihak Tentera Pakistan telah dikerah ke tempat kejadian untuk pengawasan lanjut.

Sumber: BBC & Twitter




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top