(Video) Momen Bekas Presien Timor Leste Jenguk Habibie Buat Ramai Sebak

Pada beberapa hari yang lalu, warga Indonesia mendapat perkhabaran yang sedih berikutan Presiden ketiga Indonesia Bacharuddin Jusuf telah meninggal dunia. Beliau yang dikenali dengan nama BJ Habibie menghembuskan nafas terakhirnya di Rumah Sakit (Hospital) Pusat Angkatan Darat Gatot Soebroto berikutan beberapa komplikasi kesihatan.

Berita ini bukan sahaja mendukacitakan rakyat di Indonesia, malah turut memberi kesan mendalam terhadap rakyat di Malaysia dan seluruh dunia yang mengenalinya. Turut bersedih dengan pemergiannya, Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang menganggap BJ Habibie sebagai kawan baik yang sudah lama tidak ditemui.

Baru-baru ini, tular di dalam media sosial mengenai rakaman video yang memaparkan detik sedih di mana presiden Timor Leste pertama, Xanana Gusmao menziarahi BJ Habibie di hospital.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Rakaman berdurasi 18 saat itu memperlihatkan Xanana Gusmao mencium dahi BJ Habibie yang berbaring di atas katil. Kemudiannya, Gusmao meletakkan kepala di dada Habibie, sebelum memeluknya.

Menurut laporan portal Kompas, kunjungan Xanana beberapa bulan lalu adalah disebabkan keadaaan Habibie yang tidak dapat memenuhi undangan pemerintah Timor Leste kerana sakit. Setiausaha peribadi Habibie, Rubijanto turut memaklumkan bahawa Habibie telah diundang untuk menghadiri majlis yang telah diadakan pada 30 Ogos yang lepas.

Beliau diundang oleh Xanana untuk menghadiri peringatan referendum 20 tahun, 30 Agustus. Tapi kerana keadaan beliau sedang berbaring di rumah sakit sehingga kami batalkan. Xanana sendiri yang hadir ke Jakarta.

Detik sedih itu telah mendapat banyak perkongsian di dalam media sosial dan rata-rata wargamaya turut bersedih dengan pemergian Habibie.

“Jasa Pak Habibie tidak pernah kami lupakan”

“Terharu sekali melihat dua orang bekas pemimpin negara, dengan persahabatan yang kental”

Sumber: Yenni Kwok / Kompas




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top