(Video) “Meremang Bulu Roma, Bangga Sangat”, Pelanggan Semua Berdiri, Restoran Tiba-Tiba Pasang Lagu Negaraku

Kemeriahan sambutan Hari Kemerdekaan baru-baru ini telah membuktikan bahawa rakyat Malaysia sangat menghargai pengorbanan lampau yang telah dicurahkan oleh pejuang-pejuang terdahulu. Perkara ini dapat dilihat tidak kira apa pun bangsa mahupun agama, mereka sama-sama hadir di setiap majlis sambutan kemerdekaan yang diadakan.  Seperti sambutan Hari Kemerdekaan di Putrajaya, nyanyian lagu Negaraku bergema dinyanyikan oleh semua rakyat yang hadir tanpa menghiraukan perbezaan pendapat, bangsa dan agama.

Sudah menjadi tanggungjawab bagi setiap warganegara Malaysia untuk menghormati lagu Negaraku walaupun berada dalam apa jua keadaan. Baru-baru ini, tular sebuah rakaman video yang memaparkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum apabila lagu Negaraku tiba-tiba dimainkan di dalam sebuah kafe.

Menerusi rakaman tersebut, orang ramai dilihat berdiri sejurus sahaja lagu Negaraku berkumandang diseluruh sudut kafe berkenaan. Sikap yang dipamerkan oleh setiap pelanggan kafe tersebut telah membuktikan masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum sangat menghormati lagu Negaraku seperti yang dituntut.

Lebih manis lagi, ketika itu pelanggan yang berada di dalam kafe terdiri daripada masyarakat yang berbilang kaum dan kesemuanya berdiri bagi menghormati lagu kebangsaan itu dan turut menyanyikannya. Sifat yang ditonjolkan oleh mereka turut merancakkan lagi semangat perpaduan di dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

Tindakan mereka semua juga mendapat pujian rata-rata warganet yang sangat bersenang hati melihat masyarakat Malaysia bersatu melalui medium nyanyian lagu Negaraku.

“Syukur, masih tersemat rasa cinta pada negara dalam diri masing-masing”

“Kita kan orang Malaysia siapa lagi yang nak diharapkan memberi tanda hormat pada lagu Negaraku”

“Meremang bulu roma bangga sangat terbaik inilah Malaysia”

“Rakyat Malaysia yang kasih dan cintakan tanahair”

Sumber: Che Zulkefli




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top