(Video) Lelaki Dedah Trik Mesin ATM Eropah Kebanyakkannya ‘Telan’ Duit Tanpa Kita Sedar

Kalau korang fikir keluarkan duit dekat mana-mana mesin ATM di luar negara adalah tindakan yang selamat, korang sebenarnya salah.

Ini dibuktikan melalui sebuah video dimana ‘trik’ beberapa buah mesin ATM ‘menelan’ duit korang tanpa sedar.

Video tersebut secara khususnya menceritakan mesin-mesin ATM milik sebuah syarikat, Euronet yang kalau korang perasan di Eropah, mesin ATM itu diletakkan di setiap sudut terutama berdekatan dengan tarikan para pelancong.

‘Trik’ mesin itu mudah. Kalau korang masukkan kad kredit tempatan, mesin tersebut akan berfungsi secara normal, tapi modus operandi akan bermula apabila kad kredit/debit negara asing dimasukkan.

Daripada mesin pengeluaran duit, mesin ATM ini berubah serta-merta menjadi mesin ‘pencuri’.

Bagaimana ia beroperasi?

Pertama, mereka akan menawarkan korang untuk mengeluarkan wang dengan had pengeluaran yang tidak masuk akal.

Contohnya, di Republik Czech jumlah minimum pengeluaran bermula pada 10,000 CZK bersamaan hampir RM2,000. Jumlah minimum tersebut boleh berubah sehingga 20,000 CZK ataupun 800 ke 900 EURO/USD.

Tapi, apa yang peliknya, jika kad kredit tempatan dimasukkan, jumlah minimum pengeluaran hanyalah pada 200 CZK bersamaan dengan (RM40). Nampak tak beza dia?

Kedua, ATM ini juga akan menawarkan pertukaran kadar wang yang tak masuk akal.  Selain itu, mereka juga akan mengenakan bayaran kepada pengguna.

Jadi, untuk mengelakkan duit korang dicuri secara tidak langsung.

Korang perlu:

  1. Tidak menggunakan mesin ATM dengan tulisan atau tanda ‘ATM’ sahaja.
  2. Sentiasa menolak penukaran wang dinamik.
  3. Bayar belian/barangan menggunakan kad di setiap kedai atau restoran di Eropah terutamanya.

Tengok video ni dan saksikan bagaimana mereka mendedahkan trik sebenar mesin ATM terbabit.

Sumber: Honest blog, Honest guide




Post a Comment

0 Comments