(Video) Langit Merah Kembali Reda, Jambi Disimbahi Hujan Rahmat, Penduduk Sujud Syukur

Ekoran fenomena jerebu yang melanda beberapa negara di Asia, Indonesia dilihat sebagai negara yang paling terkesan ekoran kualiti udara di sana berada di tahap yang sangat merbahaya. Apa tidaknya, menerusi rakaman tular sebelum ini, ruang langit di daerah Jambi, Indonesia yang sepatutnya berwarna kebiruan bertukar menjadi kemerahan.

Kesan daripada itu, penduduk sekitar terpaksa bernafas dalam udara tidak sihat dan perkara ini sudah pastinya turut menjejaskan kesihatan. Fenomena langit merah itu bukan sahaja memberikan kesan terhadap kesihatan, malah turut melibatkan keselamatan orang ramai ekoran jarak penglihatan yang semakin terhad sehingga boleh menyebabkan kemalangan terutamanya bagi yang mengunakan motosikal.

Namun begitu, sejak petang semalam penduduk sekitar terutamanya di kawasan Jambi menarik nafas lega apabila bumi mereka dilimpahi hujan yang sedikit sebanyak dapat mengurangkan kesan jerebu. Tanda kesyukuran mereka dapat dilihat menerusi media sosial terutamanya laman Twitter di mana rata-rata penduduk memuat naik rakaman hujan di Jambi.

“Ya Rob Engkau telah memberikan hujan disebagian wilayah Jambi, Semoga berkah ya Alloh Dan daerah lainya menyusul”

“Akhirnya Jambi hujan lebat dong. Alhamdulillah Ya Allah”

Hujan yang turun dipercayai sejak petang semalam juga sangat disyukuri oleh para petugas pemadaman yang selama ini bertungkus lumus melakukan operasi pemadaman. Menurut laporan portal tempatan, hujan yang turun melibatkan di wilayah Tanjung Jabung Barat dan Tanjung Jabung Timur, Jambi.

Ini merupakan hujan pertama sejak hampir tiga bulan musim kemarau.

Hujan yang turun tersebut sangat disyukuri oleh rata-rata penduduk sekitar terutamanya para petugas pemadaman. Oleh itu, mereka turut melakukan sujud syukur sejurus selepas air menimpa bumi mereka.

Diharapkan, hujan akan terus turun dan boleh mengurangkan kesan fenomena jerebu yang sangat memberi kesan terhadap negara Indonesia. Rata-rata wargamaya yang gembira dengan keadaan cuaca semasa turut menzahirkan rasa kesyukuran dan mendoakan agar keadaan jerebu di Indonesia bakal pulih seperti sedia kala.

Sumber: Twitter




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top