(Video) “Kami Tak Akan Mula, Tapi Ketika Kami Diserang, Solusinya Hanya Jihad,” Masjid Pertahan Rusuhan Papua

Sejak beberapa minggu yang lalu, ribuan etnik Papua mengadakan demonstrasi dan rusuhan di Kota Manokwari dan Jayapura di Papua. Tindakan tersebut dikatakan sebagai tanda protes layanan dan penghinaan terhadap pelajar etnik Papua di Surabaya, Jawa Timur.

Berikutan insiden berkenaan, pelbagai tempat telah musnah dan dikhuatiri banyak lagi tempat akan mengalami kerosakan. Akibat ancaman itu, masyarakat beragama Islam tekad untuk mempertahankan masjid mereka daripada turut menjadi tempat ‘lempiasan’ serangan.

Melalui rakaman berkenaan, takmir masjid melalui pembesar suara memberi arahan sekiranya ada pihak yang ingin menyerang masjid.

Kami tidak akan memulakan, tetapi sekiranya kami diserang, penyelesaiannya hanya jihad.

Dalam pada itu, pihak Polis Indonesia melalui satu kenyataan Twitter telah mengharamkan kepada semua orang daripada mengadakan tunjuk perasaan dan penyebaran maklumat kepada orang ramai sehingga boleh mencetuskan rusuhan dan menyebabkan kemudahan awam dibakar.

Selain itu, Panglima Tentera Indonesia di Papua juga memohon agar semua pihak agar mengawal diri daripada mencetuskan keganasan dan membenarkan agensi-agensi mengawal dan mententeramkan keadaan di wilayah Papua.

Pada 1 September yang lalu, pihak polis melaporkan telah membuat puluhan tangkapan berhubung rusuhan yang tercetus. Bagi langkah seterusnya, pihak berkuasa Indonesia juga akan mengerahkan kira-kira 2500 polis dan askar tambahan ke Papua.

Sumber: berita.mediacorp.sg 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top