(Video) Jadikan Badannya Perisai, Kisah Pramugari Maut Selamatkan Tebusan Rampasan Kapal Yang Ramai Tak Tahu

5 September yang lalu adalah merupakan ulang tahun yang ke 33 bagi tragedi pengorbanan seorang pramugari yang mengorbankan nyawanya sendiri demi menyelamatkan nyawa penumpang kapal terbang warga Amerika Syarikat.

Beliau merupakan antara yang paling muda serta orang awam yang pertama menerima anugerah tertinggi di India atas keberaniannya.

Pada 5 September 1986 yang lalu, seorang pramugari bernama Neerja Bhanot yang berasal daripada Chandigarh, India dan baru sahaja berusia 23 tahun, telah ditembak mati oleh pengganas yang telah merampas pesawat Pan Am Flight 73 ketika beliau cuba melindungi tiga orang kanak-kanak dalam pesawat tersebut.

Beliau telah diberikan penghargaan kerana berjaya menyelamatkan 360 nyawa penumpang lain apabila sekumpulan pengganas bertindak merampas pesawatnya di Karachi, Pakistan.

Semasa kejadian tersebut berlaku, Neerja memaklumkan perkara tersebut kepada juruterbang untuk membolehkan mereka menyelamatkan diri menggunakan pintu kecemasan.

Semasa pengganas tersebut menuntut untuk mengetahui siapa warga Amerika yang berada dalam pesawat tersebut dengan tujuan untuk membunuh mereka, Bhanot telah bertindak mengumpulkan kesemua passport dan menyorokkannya di bawah kerusi tempat duduk pesawat tersebut.

Pengganas tersebut menjadi keliru kerana tidak berjaya mengesan sasaran yang mereka mahukan. Hasil daripada itu, tidak ada satu nyawa pun yang berjaya dibunuh oleh pengganas tersebut. Namun, semasa polis Pakistan menyerbu pesawat tersebut, Neerja berjaya menurunkan kesemua penumpang pesawat itu dengan selamat dan bersembunyi ketika pertempuran di antara pengganas dan polis berlaku.

Beliau adalah antara orang yang terakhir berada di dalam pesawat tersebut dan ketika itu lah beliau menjumpai tiga orang kanak-kanak yang masih bersembunyi di dalam pesawat itu. Semasa Neerja memimpin kanak-kanak itu ke tempat selamat, pengganas yang tinggal itu ternampak mereka dan bertindak melepaskan tembakan ke arah mereka. Neerja bertindak melompat ke arah kanak-kanak yang disasar itu bagi menghalang peluru daripada mengenai kanak-kanak tersebut. Beliau telah mengalami kecederaan yang agak parah hasil daripada tindakan wiranya itu.

Susulan daripada kejadian itu, Neerja Bhanot telah berjaya membawa kanak-kanak tersebut ke tempat selamat sebelum beliau maut di tempat kejadian kerana kecederaan yang dialaminya. Beliau telah diberikan anugerah “Khas Keberanian” dari kerajaan Pakistan dan pengiktirafan daripada Jabatan Keadilan Amerika Syarikat.

Kisahnya juga turut diadaptasikan dalam sebuah filem yang berjudul Neerja.

Sumber: @TerranceCreamer




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top