(Video) “Hargai Keamanan Yang Dibayar Dengan Nyawa”, Bingkisan Buat Adib Undang Sebak Netizen

Hari ini Mahkamah Koroner Shah Alam mengumumkan keputusan prosiding inkues kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim yang maut akibat kecederaan parah dalam rusuhan di tapak kuil di Subang Jaya.

Koroner Rofiah Mohamad mengumumkan bahawa mangsa maut akibat hentakan trauma tumpul pada bahagian dada disebabkan oleh perbuatan lebih dua individu yang tidak dikenali di tempat kejadian, sekaligus menafikan dakwaan palsu menyatakan Adib maut bukan kerana dipukul, tapi akibat dihimpit kenderaan bomba.

Keputusan ini memberi ruang bagi keluarga, sahabat-sahabat dan rakyat bersyukur serta menarik nafas lega setelah beberapa cubaan individu berkepentingan yang cuba mengaburi punca sebenar kematian mangsa serta drama-drama yang muncul sepanjang prosidin.

Rata-rata berharap agar para pembunuh berjaya dikesan dan diberi hukuman setimpal bersama individu-individu berkepentingan yang cuba menutup bangkai gajah dengan nyiru.

Berikutan itu, laman Friends Of Bomba berkongsi video bingkisan perjalanan terakhir allahyarham Adib yang dihasilkan seorang pengarah muda, Shuhaimi Zulkefli sambil menitipkan pesanan buat semua agar menghargai nikmat keamanan yang dibayar dengan nyawa.

Bingkisan ‘Perjalanan’ ini aku dedikasi khas buatnya jauh disana semoga yang masih hidup beroleh hikmah dan kesedaran kita juga akan menyusul kemudian hari.

“..Hargai Keamanan Yang Kita Bayar Dengan Nyawa..”

Sumber: Friends Of Bomba




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top