Video Gah Tarikan Di Indonesia ‘Viral’ Nyata Sedia Jadi Tuan Rumah Piala Dunia U-20 2021

Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) sebelum ini telah menjadikan Indonesia sebagai calon tuan rumah bagi Piala Dunia U-20 pada tahun 2021 akan datang.

Menurut laporan tempatan pada 26 Ogos lalu, pihak Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI) sedia menerima keputusan rasmi daripada FIFA dan pada masa yang sama telah menyenaraikan lebih kurang 10 buah stadium yang ditawarkan dalam proses pembidaan tersebut.

Keputusan akhir mengenai pemilihan tuan rumah bagi acara bola sepak berprestij itu dijangka akan diumumkan pada mesyuarat Majlis FIFA yang akan diadakan di Shanghai, China pada 23 dan 24 Oktober.

Sebelum kekecohan yang berlaku semalam di Stadium Gelora Bung Karno, satu video menyaksikan pelbagai tarikan di Indonesia tular di media sosial menjadi medium buat pihak FIFA terutamanya, merujuk dan menimbang baik keputusan menjadikan Indonesia sebagai tuan rumah kepada Piala Dunia seperti yang dinyatakan.

 

Kawasan utama bagi penganjuran Piala Dunia di Indonesia pada tahun 2021 dicadang penganjurannya di kawasan Surabaya yang dikatakan mempunyai pelbagai kemudahan yang bersesuaian dengan sukan bola sepak. Selain itu, Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini turut yakin dengan persediaan Surabaya untuk menjadi tuan rumah acara besar itu.

Sumber: Kompas / PSSI




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top