(Video) Fenomena Langit Merah, Pelajar Malaysia Di Jambi Merintih Rayu Doa Rakyat Negara Ini

Fenomena jerebu yang melanda di negara kita hari ini tidaklah seteruk yang dilalui oleh negara jiran Indonesia. Langit mereka bukan sahaja bertukar merah, malah pemandangan mereka seperti diselimuti asap sehingga terpaksa bernafas dalam udara yang tidak sihat.

Ini disebabkan kebakaran hutan yang dilaporkan berada dalam keadaan sangat kritikal dan membimbangkan terutamanya di daerah Jambi, Indonesia.

Menerusi beberapa rakaman oleh pelajar Malaysia  yang berada di sana, mereka merayu doa seluruh rakyat negara ini kerana udara di Jambi dilaporkan berada dalam keadaan sangat tercemar sehingga mereka mengalami kesukaran bernafas.

Malah, salah satu video yang dimuat naik oleh pelajar yang menggunakan akaun wawe_15 di Twitter itu turut menunjukkan ‘salji’ yang turun iaitu debu kebakaran hutan menandakan keadaan persekitaran yang sangat tercemar.

Jam 2 petang tapi macam maghrib

Tanpa filter langit kelihatan sangat kuning

Nampak macam salji tapi bukan dia

Berdasarkan satu video liputan yang dibuat, pelajar tersebut belajar di Universiti Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin, Jambi.

Hutan sebesar 23 ribu hektar terbakar

Rata-rata netizen turut membanjiri ruangan komen dengan mendoakan keselamatan pelajar Malaysia di sana. Kami doakan semoga semuanya selamat dan keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

Kita saling menyokong dan mendoakan

Dalam rumah pun pakai masak

Kami tidur pun pakai mask

Semoga dipermudahkan

Sumber : Twitter wawe_15




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top