(Video) Dipercayai Kerana Jerebu, Wanita Hampir Rebah Dari Motosikal Kerana Sesak Nafas

Tular beberapa rakaman video di media sosial mengenai kejadian yang menimpa seorang wanita. Video berkenaan memaparkan seorang wanita sedang menunggang motor tiba-tiba berhenti kerana dikatakan mengalami kesukaran untuk bernafas.

Insiden tersebut dipercayai berlaku di Kota Dumai, Riau, Indonesia, kota terletak di pantai Timur Sumatera yang kini sedang diselubungi oleh asap pekat.

Dalam rakaman berdurasi 40 saat itu, kelihatan motor wanita berkenaan berhenti sebelum dihampiri oleh tiga orang pemuda yang cuba untuk membantunya.

Namun suasana menjadi heboh apabila wanita berjaket merah itu terhuyung-hayang hampir pengsan setelah itu.

Orang ramai bergegas menuju ke arah mereka dan memapah wanita terbabit ke arah ambulans yang diparkir tidak jauh dari situ.

Sumber: Detik News




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top