(Video) 'Berani mati post video ni kat public, ada yang kena pecat nanti' - Netizen


Kecoh di laman Twitter video yang dirakam secara sembunyi oleh seorang pekerja yang menunjukkan pegawai memarahi kakitangannya yang melakukan kesalahan yang tidak sepatutnya. 

Berdasarkan klip video itu, jelas kedengaran pekerja wanita yang dimarahi itu meminta client membuat pembayaran terus ke akaun bank peribadinya, bukannya ke akaun syarikat di mana tindakan itu jelas sekali merupakan satu kesalahan yang serius. 


Bagaimanapun, netizen menyokong tindakan pegawai itu menegur kakitangannya yang melakukan kesalahan dalam keadaan yang masih terkawal, selain memberi peringatan kepada kakitangan lain agar tidak melakukan kesalahan itu. 

Dalam pada itu juga, netizen menggesa pihak syarikat memecat individu yang merakam dan menyebarkan video tersebut kerana perkara yang berlaku di dalam pejabat adalah sulit dan tidak patut dirakam dan disebarkan. 


Sumber: Mai



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top