(Video) Ambulans Terbabas Gara-Gara Sikap Penting Diri Seorang Pengguna Jalan Raya Guna Lorong Kecemasan

Umum sudah mengetahui bahawa laluan kecemasan tidak boleh dilalui oleh mana-mana kenderaan orang awam kerana ianya dikhaskan untuk tujuan kecemasan seperti ambulans yang membawa pesakit.

Semalam, tular di media sosial mengenai rakaman kes kemalangan yang melibatkan sebuah ambulans dengan sebuah kereta yang berlaku di Lebuhraya Karak arah Bentong ke Tol Gombak.

Menerusi rakaman ‘dashcam’ daripada salah sebuah kenderaan yang melalui jalan yang sama, kereta itu dilihat meluru masuk ke laluan kecemasan dengan tiba-tiba.

Akibat daripada itu, ambulans yang sedang berada di laluan kecemasan merempuh di bahagian sisi kereta berkenaan dan terhumban ke dalam longkang.

Rata-rata netizen yang menyaksikan rakaman tersebut menyelar tindakan pemandu yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kemalangan.

“Andai dalam ambulans tu family kau, apa perasaan bila kena macam ni”

“Menyebabkan kerosakan aset kerajaan dan menggunakan laluan kecemasan..gantung lesen seumur hidup”

“Tolong kenakan tindakan berat ke atas pemandu SUV itu”

“Lorong kecemasan khas untuk betul-betul memerlukan saja lalu”

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top