(Video) Aksi Lucu Lelaki Dipercayai Perompak ”Cover Line” Selepas Sedar Mangsa Adalah Rakannya

Kamera pengawasan litar tertutup ini telah merakamkan satu video kejadian rompakan yang tidak menjadi di sebuah jalan, dipercayai berlaku di Argentina.

Video yang berdurasi selama 22 saat itu menunjukkan seorang lelaki sedang menekan loceng pintu sebuah rumah, kemudian datang dua orang lelaki yang menaiki motorsikal menghampiri lelaki tersebut.

Pemandu motor tersebut kemudiannya menurunkan seorang rakannya yang membonceng motor tersebut. Pembonceng motor tersebut kemudiannya bertindak mengeluarkan pistol dan terus mengacukan sepucuk pistol kepada kepala lelaki tersebut.

Beberapa saat kemudian selepas lelaki tersebut menolehkan mukanya, pembonceng motorsikal yang dipercayai perompak itu mula menyedari bahawa lelaki yang dia mahu merompak itu adalah rakannya sendiri.

Pembonceng yang mengacukan pistol kepada rakannya itu kemudiannya bertindak berteguran sambil berpelukan seolah-olah sudah lama tidak berjumpa dan terus menaiki motor lalu meninggalkan lelaki yang mahu dirompaknya itu.

Sumber: Twitter




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top