‘Tertidur di lampu isyarat’ tindakan pantas Zizan bantu pemandu ini buat netizen terkedu

Tindakan artis serba boleh, Zizan Razak membantu seorang pemandu lelaki berbangsa Cina yang terlelap di lampu isyarat di Jalan Sungai Pinang di George Town, Pulau Pinang dua hari lalu mendapat pujian ramai.

Difahamkan Zizan atau nama penuh Mohammad Razizan Abdul Razak dan rakan-rakannya kebetulan lalu di kawasan tersebut sebelum menyedari pemandu itu terlelap di tengah jalan hampir setengah jam.

Menurut pelakon filem Polis Evo itu, lebih terharu apabila orang awam yang terdiri daripada pelbagai bangsa turut membantu dalam kejadian terbabit.

 

 

“Apa yang best bila berlaku kejadian begini semua bangsa bersatu hulurkan bantuan tak kira Cina, Melayu dan India. Tahniah dan terima kasih buat semua yang berikan kerjasama yang luar biasa.

“Kepada sahabat kita Zizan nasihatkan supaya banyakan berehat dan jangan kerja lebih masa,” katanya menerusi sebuah posting di laman Instagram.

 

 

Setelah cubaan mengejutkan pemandu itu dengan menggoncangkan kereta tidak berjaya, mereka terpaksa mengambil keputusan bagi memecahkan cermin sisi belakang kereta berkenaan.

Apa komen netizen atas tindakan Zizan,

Mulia hatimu zan

Terbaik la,respekk

macam ni la kita mahukan

Nyawa lagi penting dari cermin pecah tu

Tak pernah mengecewakan

betul-betul penat pemandu tu

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : ohmymedia




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top