Terrkini Keadaan Jojet Buat Ramai Tak Sampai Hati Tengok

Jojet dilahirkan pada 13 Ogos 1967 kini umur 52 Ampang KL. Beliau mula menempa nama sebagai pemain dram kumpulan rock terkenal Malaysia iaitu Kumpulan Gersang sekitar 1987.

Sebelum menganggotai kumpulan Gersang, Jojet merupakan pemain dram asal kumplan Wings pada tahun 1985 namun tidak sempat untuk merakamkan album pertama besama kumpulan
tersebut.

Beliau sempat menikmati puncak popularitinya sebagai pemain dram apbila mengnggotai semula Wings pada tahun 1991, meggantikan Black yang menarik dri dari kumplan tersebut. Jojet juga adalah anggota asal kumpulan Dragon Malaya yang diasaskan oleh Awie pada tahun 2000.

Bakat luar biasa yang dimilikinya menjadikan beliau terkenal dan popular sbagai pemain dram di Malaysia, sebaris dengan pemain dram yang lain seperti Yazit Search, Black Wings dan Lola XPDC.

Sejak kebelakangan ini tular cerita tentang Jojet yang dikatakan tidak begitu ‘siuman’. Tetapi Penyanyi utama kumpulan Gersang, Man Bai menyangkal dakwaan pemain dram mereka itu Jojet ada mengalami masalah mental.

Man Bai yang sempat ditemui sebaliknya berkata, Jojet sebenarnya sihat serta masih siuman dan hanya sesekali berperangai pelik sedikit.

“ Kami begitu hairan juga dengan sikapnya. Apabila balik rumah, saya tanya Kid kenapa dengan Jojet, jawab Kid, Jojet sebenarnya mengada-ngada nak bermanja dengan kami. Dari situ saya faham dia sangat teruja apabila dapat berjumpa kami semula,” jelasnya lagi.

“ Jojet okay jer, cuma dia tiada “GG” buat mukanya nampak kecut skit. Cara pemkaiannya juga begitu santai oleh kerana dia biasanya suka mengenakan jubah. Dia juga lebih bnyak menghabiskan masa di rumah menjaga bapanya di Kuang Selangor.

Menurutnya lagi, sisi kehidupan Jojet amat mengharukan kerana kesungguhannya menjaga bapanya yang sudah berusia 90 tahun.

“ Saya dah pernah ke rumah mereka dan masuk bilik Jojet sendiri. Keadaannya bersih terjaga rapi,” katanya kepada pemberita Harian Metro.

Mai Bai bagaimanapun tidak menafikan sesekali Jojet akan bercakap sendiri dan itu membuatkan masyarakat menganggapnya tidak siuman.

Berkata lagi “Kadangkala saya sendiri begitu hairan apabila ambil dia untuk sesi latihan, dia akan bebual sorang diri. Mlah saya tanya dia, apa kau berbual ini Jojet? Sebnarnya dia tiada kawan. Apabila jumpa kami semua, dia main dram.

Katanya, Jojet seorang anak yang baik dan orang tak tahu kehidupannya. Abangnya tinggal bersebelahan rumah mereka.

“ Jojet juga memasak untuk bapanya, bawa ke hospital dan sebagainya. Dia okey dan boleh diharap. Kalau tak normal, dia pasti tak boleh main dram. Kami bagi dia klip dram untuk dengar tempo lagu seperti lagu B29,” katanya.

Man Bai menjelaskan, Jojet menerima bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, manakala bapanya menerima bantuan Bantuan Sara Hidup.

“ Memang nampak dia pandai berbelanja wang secara berhemah. Ada juga rakan sekolahnya yang kumpul wang untuk beri sumbangan buatnya,” katanya.

Sementara itu, Man Bai memberithu, Gersang yang kini berusia 30 tahun akan mengadakan reunion dan bakal terbabit dengan rkaman program Konsert Minggu Ini pada 29 Oktober nanti.

“ Saya, Kid (gitar), Man Greng (bass), Datuk Acis (keyboard) dan Jojet kembali bersat untuk menghiburkan peminat.

“ Harapnya peminat yang dulu hadir beramai-ramai memberikan sokongan terhadap kami.

“ Anggota Gersang sebenarnya masih aktif terbabit dalam muzik. Apabila RTM hubungi, saya beritahu yang lain dan ternyata mereka berminat, ” katanya.

Menurutnya man bai, mereka juga merancang untuk menghasilkan album terbaru yang dijangka keluar pada tahun depan.

“ Saya dah berjumpa dengan Datuk M Nasir dan minta dia terbitkan album Gersang. Dia seakan nampak berminat dan kami akan adakan sesi perbincangan lanjut nanti.

“ Mana tahu rezekii, sentuhan M Nasir mungkin kena dengan nada suara saya dan menjadi. Sebelum ini Gersang hanya pernah bekerja dengan arwah Rahim Othman,” jelasnya.

Dah baca jangn lupa komen dahn share yer…Like Lubokviral

Sumber:monyethijau




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top