Terkini: Rakaman Cemas, Pengunjung MATTA Fair Bersesak Keluar, Dewan Dalam PWTC Didakwa Terbakar

Pengunjung MATTA Fair di Putra World Trade Centre (PWTC) dikejutkan dengan satu kebakaran didakwa berlaku didalam dewan 1 dan 2 bangunan berkenaan. Menurut seorang saksi yang turut merupakan salah seorang vendor festival itu memberitahu bahawa pihak penganjur Matta Fair telah meminta orang ramai meninggalkan banggunan PWTC sebentar tadi.

Menerusi perkongsian oleh beberapa individu di laman sosial, pihak Bomba masih menjalankan usaha memadamkan kebakaran.

Walau bagaimanapun, kebakaran yang berlaku telah berjaya dikawal oleh pihak Bomba dan punca bagi kebakaran tersebut masih belum dapat dikenal pasti.

Orang ramai yang berada di dalam banggunan dan juga kawasan berdekatan dinasihatkan untuk berhati-hati supaya tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Ketika ini, dikatakan pengunjung tak dibenarkan masuk ke dalam perkarangan PTWC sehingga diberitahu.

https://platform.twitter.com/widgets.js

Sumber: Facebook / Twitter




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top