Tentera Darat Malaysia akhirnya keluar kenyataan tentang kehilangan Mejar Zahir Armaya

TRAGDI menimpa Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya pada 4 September lalu diklasifikasikan sebagai kejadian terpencil dan ia kemalngan dalam latihan.

Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dimuktamadkan selepas lembaga siasatan TDM menjalankan siasatan berhubung tragdi itu.

Menurutnya, ahli lembaga turut mendapati peralatan dan kelengkapan yang digunakan semasa latihan keupayaan itu berada dalam keadaan baik.

“Walau bagaimanapun, TDM akan mengambil tindakan tatatertib yang sewajarnya terhadap individu yang terbabit selain prosedur operasi standard (SOP) dikemaskini jika perlu.

“Bagi latihan untuk memperkasakan TDM akan diteruskan khususnya bagi meningkatkan keyakinan semua warga TDM terhadap peralatan dan kelengkapan yang sedia ada,” katanya.

Dalam kenyataan sama TDM memaklumkan, dari segi kebajikan, Allahyarham Mejar Mohd Zahir disokong untuk dinaikkan ke pangkat Leftenan Kolonel oleh Majlis Angkatan Tentera Ke-578 (MAT 578) yang bersidang pada 17 September lalu.

“Namun tertakluk kepada kelulusan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Selain itu, TDM juga menghulurkan bantuan yang sewajarnya terhadap balu Allahyarham, Nour Shafinar Harun serta ahli keluarga sejak hari pertama insiden berkenaan.

“Keluarga mereka akan terus diberi bantuan dan faedah yang sewajarnya mengikut kelayakan yang ditetapkan dalam perkhidmatan TDM,” katanya.

Mohd Zahir, 36, pegawai komado daripada 11 Rejimen Gerak Khas, meninggal dunia pada 4 September lalu selepas terkena tembkan ketika melakukan aksi demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top