‘Tak Apalah Benda Dah Jadi’ – Datuk Awie

Penyanyi Kumpulan Wing yang tersohor dan popular Datuk Awie, akui tidak mahu bertemu dengan individu yang telah menlpunya baru-baru ini walaupun pihak terbabit ada mengajak untuk berbuat demikian.

Awie berkata, dia tidak mahu bertemu dengan individu tersebut kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.

Tambahan lagi katanya, individu yang menlpunya itu bukan orang lain, tetapi seseorang yang telah dianggap sebagai adik selama ini.

“Saya bukan tidak mahu bertemu dengannya tetapi saya takut keadaan menjadi lebih buruk. Jadi lebih baik elak untuk bertemu.

“Saya kalau boleh dah tak mahu tengok muka dia. Saya tidak sangka orang yang dianggap seperti adik, sanggup buat saya macam tu.

“Apa pun saya sudah maafkan perbuatan dia, Cuma saya harap dia insaf dan tidak mengulangi perbuatannya itu,” katanya.

Awie ditemui ketika majlis sidang media Konsert Awie Romantika di Flora Terrace, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam perkembangan lain, Awie memberitahu sudah bersedia untuk membukukan perjalanan hidupnya sebagai anak seni.

Katanya, tidak akan ada rahsia mengenai perjalanan seninya selama lebih tiga dekad sebagai anak seni, dan semuanya akan diceritakan dalam buku tersebut.

“Ada banyak yang belum saya ceritakan kepada umum, tetapi semuanya berkaitan saya dan tidak akan sesekali saya membuka aib individu lain yang pernah ada dalam hidup dan kerjaya saya.

“Sebelum ini sudah ada penulis yang mahu memulakan memulakan projek itu tetapi terpaksa ditangguhkan kerana syarikat penerbitan pula ditutup.

Bercerita mengenai Konsert Awie Romantika pada 15 Februari 2020 nanti, Awie berkata, konsert itu diadakan sempena meraikan sambutan jubli perak kerjayanya sebagai penyanyi solo.

Konsert mega berkonsep teaterikal itu turut mengundang beberapa rakan seperjuangan, termasuk penyanyi Indonesia.

“Setakat ini, antara nama dalam senarai, termasuk Erra Fazira, Ziana Zain, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan artis Indonesia.

“Belum pasti tetapi, ia masih dalam perbincangan kerana perlu diselaraskan mengikut kesesuaian tema,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih.

Sumber : gempak




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top