Siti Nurhaliza ambil pengurus peribadi dan ada kaitan dengan anaknya Siti Aafiyah

TINDAKAN pelakon Jasmin Hamid yang mengambil tindakan undang-undang terhadap netizen yang menggelarkan anaknya sebagai b@puk turut mendapat perhatian pengurus dan pembantu peribadi penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza, Rozi Abd Razak.

Menurut Rozi, dia akan melakukan perkara sama terhadap mana-mana individu yang membuat memfitn@h terhadap penyanyi kesayangan negara itu.

“Semakin negara maju, semakin ke belakang sikap pengguna media sosial. Saya kira jika adik dan artis saya (Siti) melakukan apa yang dibuat oleh Jasmin serta beberapa selebriti lain, itu juga akan menjadi pengajaran.

 

Siti Nurhaliza sebelum ini pernah menerima kec@man dari netizen mengenai anak perempuannya Siti Aafiyah

“Selama ini, beliau mengambil sikap berdiam diri dan menutup mata tetapi semakin hari mereka semakin berani memfitn@h, mencerca menghin@ tetapi rata-rata tidak menggunakan nama atau gambar sebenar dan berselindung di sebalik akaun p@lsu.

“Selepas ini kami akan lebih tegas,” tulisnya.

Rozi memberi amaran berkenaan menerusi posting yang dimuat naik di Instastory miliknya.

Menerusi posting berkenaan, Rozi turut memuat naik paparan skrin petikan artikel Jasmin Hamid yang mengambil tindakan terhadap netizen yang menggelar anaknya, Rohhana Abdul Hamid sebagai b@puk.

Kes itu bagaimanapun diselesaikan secara baik diluar mahkamah selepas pelakunya, Izzatul Hairiyah Abdullah membuat permohonan maaf secara terbuka pada Khamis.

Siti sebelum ini pernah menerima kec@man netizen apabila beberapa individu meninggalkan komen negatif terhadap anak perempuannya iaitu Siti Aafiyah Khalid.

Selain itu, hubungan akrabnya dengan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut mendapat krit@kan daripada netizen.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : mstar




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top