Siapa Kata Hafizh Syahrin Boleh Race Motor Je? Jom Tengok Skil BO55-ku Race Kereta Pula

Siapa je yang tak kenal dengan pelumba MotoGP pertama Malaysia, Hafizh Syahrin? Beliau adalah anak kelahiran Selangor yang sudah berlumba sejak bergelar kanak-kanak lagi.

Bapanya, Abdullah Harun adalah insan yang bertanggungjawab dalam menjadikannya pelumba motorsikal yang disegani sehingga dikenali di seluruh dunia hari ini.

Hafizh yang juga dikenali sebagai ‘El Pescao’ oleh peminat dunia permotoran itu telah menyertai pelbagai kategori perlumbaan sepanjang karier beliau termasuk perlumbaan pocketbike, Kejuaraan Cub Prix sehinggalah menyertai Perlumbaan MotoGP bermula tahun 2018.

Kebolehan dan kemahiran Hafizh dalam menunggang motorsikal tidak boleh disangkal lagi. Tapi, macam mana pula kalau beliau berlumba kereta pula? Sama laju macam ride motor ke?

Haa..kalau korang nak tahu dan tengok, korang kena datang ke acara “Races of Malaysia” yang bakal diadakan pada bulan Disember nanti.

Apa itu Races of Malaysia?

Races of Malaysia ni adalah satu perlumbaan yang lain daripada yang lain serta bakal mencatat sejarahnya tersendiri. Ini kerana ia akan menjadi saksi kepada dua perlumbaan kejuaraan dunia dalam hujung minggu yang sama serta satu litar yang sama.

Yang menariknya lagi tentang Races of Malaysia ini, di perlumbaan inilah kita akan dapat melihat lebih ramai anak Malaysia bertanding di peringkat dunia.

Perlumbaan pertama yang bakal dilangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu nanti ialah FIM Endurance World Championship(EWC).

Perlumbaan EWC ini merupakan perlumbaan endurance motorsikal berkuasa tinggi. Kalau nak tau, perlumbaan ternama seperti Suzuka 8 Hours itu adalah sebahagian daripada pusing EWC ini.

Tidak lengkap rasanya jika perlumbaan motorsikal kelas dunia yang diadakan di Malaysia tidak disertai oleh El Pescao, Hafizh Syahrin.

Hafizh akan berlumba untuk pasukan Sepang Racing Team namun kali ini bergandingan dengan seorang lagi pelumba MotoGP popular iaitu Franco Morbidelli serta pelumba World Superbike Championship dari Belanda, Michael Van Der Mark.

Selain itu, dua lagi pelumba berbakat tanahair juga akan menyertai perlumbaan ini iaitu Zaqhwan Zaidi dan Azlan Shah. Zaqhwan kini sedang berlumba dalam MFJ All Japan Road Race JSB1000 Championship manakala Azlan, bekas pelumba Moto2 negara pula tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat dunia permotoran tempatan.

Ketiga-ketiga pelumba Negara kita ini pernah beraksi di Suzuka 8 Hours dan kini akan beraksi dalam perlumbaan endurance di tanah air sendiri.

Gambar Hiasan: Suzuka 8 Hours

Apa yang menarik bagi perlumbaan itu nanti ialah ia akan dilangsungkan selama tempoh 8 jam dan dinamakan sebagai Sepang 8 Hours. Perlumbaan ini nanti akan disertai oleh sekurang-kurangnya 30 pasukan seluruh dunia dan 15 pasukan dari Jepun.

Kejohanan kedua pula pada hari Ahad ialah FIA World Touring Car Cup (FIA WTCR), kejuaraan paling utama dalam kelas touring cars. Menariknya, Malaysia akan menjadi tuan rumah bagi perlumbaan ‘grand finale’ dalam 10 pusingan musim ini.

Perlumbaan itu nanti akan disertai oleh pemandu daripada tujuh pengeluar kereta popular dunia – Audi, Honda, Volkswagen, Alfa Romeo, Hyundai, CUPRA León dan Lynk & Co.

Jadi apa kaitan perlumbaan ni dengan Hafizh Syahrin? Ya, Hafizh akan membuat kemunculan pertamanya dalam perlumbaan lumba kereta dunia sebagai pemandu wildcard untuk pasukan Sepang Racing Team semasa acara ini nanti.

Memang kerja gila tapi kami percaya, Hafizh mampu melakukannya. Sudahlah pertama kali berlumba kereta namun terus ke peringkat dunia dan sehari selepas beliau akan berlumba selama 8 jam motorsikal.

Di WTCR, beliau akan memandu kereta Volkswagen Golf GTI TCR dan akan bergandingan dengan dua lagi pelumba hebat tempatan iaitu Mitchell Cheah dan Douglas Khoo.

Seperti Hafizh, Mitchell, 21 tahun, juga tidak kurang hebatnya. Beliau kini sedang berlumba dalam perlumbaan ADAC Touring Car Racing (TCR) Germany Touring Car Championship. Tahun lalu, beliau telah berjaya muncul juara Touring Car Racing (TCR) South-East Asia 2018.

Bagi Douglas pula, beliau ialah seorang pelumba yang mempunyai pengalaman luas dalam dunia lumba kereta selepas pernah menyertai beberapa siri perlumbaan seperti Asia Classic Car Challenge, TCR Asia Series, TCR International Series serta 2016 Sepang 12 Hours Race.

Antara pencapaian hebat yang pernah beliau kecapi ialah muncul juara kategori Touring Car dalam perlumbaan 2016 Sepang 12 Hours Race selain naib juara kategori pelumba amatur bagi perlumbaan TCR Asia Series 2016.

Pelbagai aktiviti menarik lain turut akan diadakan

Acara ini bukanlah hanya tertumpu kepada perlumbaan semata-mata. Akan tetapi, pelbagai aktiviti menarik lain turut akan diadakan. Bagi yang nak saksikan konsert, datanglah pada malam Sabtu nanti untuk persembahan hebat dari artis-artis popular Malaysia. Nak tau siapa? Hah tunggulah SIC umumkan nanti.

Selain itu, bila lagi kita nak merasa turun ke paddock SIC atau berada di hadapan grid litar semasa perlumbaan nak bermula? Perlumbaan Races of Malaysia ini membuka peluang kepada semua peminat untuk turun ke kawasan itu. Paddock dan pit perlumbaan juga dibuka sepanjang hari untuk peminat melihat aksi pasukan di dalam pit.

JANGAN KETINGGALAN HANYA SATU TIKET UNTUK DUA PERLUMBAAN DUNIA!

 Acara Races of Malaysia ini akan bermula dari 13 hingga 15 Disember 2019 nanti. Pengunjung akan dihidangkan dengan aksi penuh kepantasan disamping deruman bunyi enjin serta kehadiran selebriti-selebriti terkemuka.

Oh, sebelum saya terlupa, korang hanya perlu membayar satu tiket sahaja untuk menghadiri kedua-dua perlumbaan utama itu nanti tau. Dua perlumbaan kelas dunia pada harga satu tiket, memang mantap.

Jadi apa tunggu lagi peminat dunia permotoran semua, jom tengok prelumbaan baru di SIC dan kita sokong pelumba-pelumba Negara kita? Dapatkan tiket korang segera. Untuk dapatkannya, korang boleh layari laman web rasmi Sepang Circuit atau klik je pada pautan yang disediakan ini. https://www.sepangcircuit.com/ticketing/wtcr-ewc/wtcr-ewc

Ajak geng-geng korang sekali, nanti bolehlah konvoi ke Litar Sepang sama-sama. Pasti lebih seronok nanti. Untuk maklumat lanjut, korang boleh ke laman web rasmi, Facebook, Instagram ataupun tengok je video-video dekat Youtube rasmi SIC.

Jumpa korang dekat sana nanti ya.

https://cdn.innity.net/ca.js

var innity_nativeAnalytic = innity_nativeAnalytic || {};
innity_nativeAnalytic.q = innity_nativeAnalytic.q || [];
innity_nativeAnalytic.q.push(function() {
innity_nativeAnalytic.track({campaignID: 28835, adID: 251607, readID: 251608});
});




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top