“Selamat Datang Saudara,” Bekas Artis Kpop Peluk Islam, Pilih Daud Sebagai Nama Muslim

Malam tadi, laman Youtube digegarkan oleh satu video yang menjadi saksi pengislaman saudara baru iaitu Jay Kim atau nama barunya Daud Kim.

Katanya, nama itu dipilih kerana hampir mirip dengan nama Khatoliknya iaitu David. Mempunyai subscriber lebih dari 500k, Daud merupakan antara Youtuber terkenal korea walaupun sebelum ini pernah mencipta nama sebagai seorang penyanyi dan penulis lagu di bawah syarikat Media Bridge.

Para pengikut dan peminat menzahirkan rasa syukur atas perkhabaran gembira itu, malah orang ramai sememangnya sudah dapat menjangka perkara ini bakal terjadi kerana Daud selalu memuatnaik video ‘pencarianya’ tentang Islam.

Sememangnya benar hidayah itu milik Allah namun sebagai hamba-Nya, kita perlu sentiasa mencarinya dan bukan sekadar menanti.

“Akhirnya saya menjadi seorang Muslim. Bismillah, Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani.

Assalamualaikum
Sejak saya tertarik dengan Islam,
banyak perkara dalam hidup saya telah berubah,
Jujur, sebenarnya saya masih belum bersedia,
Tetapi saya akan sentiasa cuba menjadi seorang Muslim yang baik,
Saya ingin bertaubat kepada dosa-dosa saya dan berserah kepada Allah.

Walaupun saya bukanlah dilahirkan sebagai seorang Muslim,
Tapi, saya tahu bahawa Allah sentiasa bersama saya,
Terima kasih kepadaNya kerana memberikan saya petunjuk
dan bantu saya mengenaliNya
Terima kasih kepadaNya kerana menunjukkan jalan yang benar.

Tiada Tuhan melainkan Allah, Nabi Muhammad Pesuruh Allah.”

Daud turut memuatnaik videonya melafazkan kalimah syahadah di laman instagram dan Youtube malam tadi. Sekelip mata rungan komen dipenuhi dengan luahan syukur  dan kata-kata semangat untuk Daud.

Ini kali pertama saya saksikan perjalanan seseorang, terima kasih kerana berkongsi. Jika dulu kita hanya saudara sesama manusia, kini kita saudara sesama Iman juga

MasyaAllah, hari ini mungkin hari terindah dalam hidup kamu, moga kita bertemu suatu hari nanti di Jannah.

Saya sudah menjangka jika seseorang itu mengkaji tentang Islam, pasti hatinya terbuka untuk menerimanya

Selamat datang saudaraku, rasa macam nak menangis, MasyaAllah

Semoga Allah permudahkan urusan kamu sebagai seorang Muslim, tahniah saudaraku, selamat datang!

Sumber: Youtube




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top