Sebar artikel fitnah kes tembakan di Selangor & amuk di Pulau Pinang akan ditangkap - KPN



Polis akan mengambil tindakan tegas dengan terus menahan mereka yang tidak bertanggungjawab menyebar dan menularkan artikel mengenai kejadian tembakan di Selangor dan amuk di Pulau Pinang yang dianggap boleh menyebabkan ketegangan kaum di negara ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata kes di Pulau Pinang yang menyebabkan seorang lelaki mati di tembak polis dan seorang wanita cedera ditetak adalah kes terpencil dan tidak melibatkan kumpulan atau individu.

Mengenai dakwaan terdapat wanita dalam kes penjenayah ditembak mati di Batu Arang, Selangor pula, Abdul Hamid berkata penularan video mengenai perkara itu adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

“Polis sentiasa memerhatikan perkara ini dengan serius dan akan terus ambil tindakan...jangan terpengaruh dengan perkara ini.

“Jangan buat keputusan sendiri buat komen tambahan...perbuatan berkongsi artikel-artikel ini seterusnya buat komen-komen tambahan akan ditangkap...tiada amaran lagi,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Sumber: Bernama



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top