Reaksi Zizan berubah bila ditanya Mira Filzah datang naik apa

Berjaya menewaskan rakan seperjuangan Jep Sepahtu dan Jihan Muse, Zizan Razak dinobatkan Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 dan menganggap pencapaiannya kali ini adalah yang terbaik.

Video Zizan Berada Di Bawah Artikel

Katanya, dia masih menjadi pilihan peminat selepas lebih sedekad dalam industri seni. “Saya masih menang walaupun lebih 12 tahun dalam industri. Alhamdulillah, rezeki luas yang dikurniakan buat saya.

“Bukan hanya ABPBH, saya juga menang pada anugerah lain. Ini berkat doa ibu bapa saya. “Rahsia kemenangan saya mungkin kerana ada sahaja filem saya ditayangkan, setiap tahun,” katanya.

Zizan turut membuat persembahan pada malam kemuncak ABPBH 32 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, di sini.

BERUBAH MUKA ZIZAN BILA MIRA FILZAH DITANYA SOALAN
Mira Filzah ditanya soalan spontan oleh Kak Lina Pom Pom, datang ABPBH dengan siapa? Kebetulan Zizan Razak berada satu barisan dengan Mira Filzah. Dia disakat, takkan datang sorang. Zizan tak datang ambil ke? Ini Jawapan Zizan hehe Jom Layan ,Kuatkan sikit volume ye

Selain itu Zizan turut berkata, perasaan beraksi sebagai penyanyi di pentas gah seperti ABPBH adalah berbeza.
“Saya anggap ia satu penghormatan buat saya. Debarannya cukup terasa, apatah lagi muncul pada segmen pembukaan.

Saya berasakan diri ini belum cukup layak untuk beraksi di pentas anugerah berprestij ini sebagai penyanyi, tetapi ruang dan peluang dihulurkan saya sambut dengan hati terbuka,” katanya.

Zizan berkata, dia giat berlatih sejak seminggu lalu, termasuk ketika berada di bilik mandi.
“Siang malam saya mendengar lagu ini, bahkan waktu mandi pun masih menyanyi.

VIDEO Kemenangan Zizan Razak

Sumber : BHARIAN / EE TV ( Youtube ) via Viddy Video




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top