Pasangan bercinta Syafiq Kyle mula ‘bosan’ dengan Mimi Lana

TIDAK mahu kisah perhubungannya dengan pelakon Mimi Lana terus diperkatakan, pelakon Syafiq Kyle mengambil pendekatan enggan digandingkan sebagai pasangan kekasih dalam drama mahu pun filem.

Syafiq, 27, berkata, cukuplah sekali mereka pernah berpasangan dalam sebuah drama dan selepas ini biarlah diberikan watak yang berbeza.

Menurutnya, bukan kerana tidak suka atau hubungan mereka bermasalah, tetapi masing-masing lebih selesa untuk fokus dalam karier seni.

Sejujurnya Syafiq berkata dia mula berasa bosan untuk digandingkan dengan aktres Mimi Lana sebagai pasangan kekasih dalam drama.

Menurut Syafiq 27, sudah sampai masanya dia dan Mimi ‘menapis’ setiap tawaran yang diberikan sekiranya mana-mana produksi yang memberi tawaran pada pasangan yang bercinta ini.

 

 

“Kami sudah bercinta dan mengapa perlu bercinta lagi dalam lakonan. Saya tahu mungkin ada peminat yang mahu kami digandingkan lagi tetapi rasanya sudah tidak perlu lagi.

“Bukan kerana bergaduh tetapi saya mahu membuktikan kepada peminat bahawa kami boleh memberikan watak yang lebih lagi daripada itu.

“Kami juga mahu peminat lebih melihat lakonan berbanding kisah peribadi,” katanya.

Pasangan yang sudah menjalin cinta selama empat tahun itu digandingkan sebagai adik-beradik kembar dalam filem Pusaka yang bakal menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 31 Oktober ini.

Berkongsi mengenai status terkini hubungannya dengan Mimi, Syafiq berkata, ia masih berjalan seperti biasa dan belum ada perancangan untuk ke fasa seterusnya.

“Kami berdua masih muda dan banyak lagi perkara yang ingin dikecapi dalam karier masing-masing.

“Mimi juga memahami keadaan ini dan mahu kami sama-sama berjaya dalam karier seni,” katanya.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top