Mira Filzah akhirnya jatuh cinta jejaka bernama Firdaus dalam Adellea Sofea

Mira Filzah di set penggambaran drama Adellea Sofea dan lihat sendiri aktiviti hariannya di sana.

Menurut Bintang Paling Popular ABPBH32 ini, memandangkan lakonan merupakan kerjaya tetapnya, jadi dia lebih banyak menghabiskan waktu di set penggambaran.

Video yang dimuat naik menerusi laman Instagram miliknya itu turut disertakan dengan kapsyen yang memaklumkan perkembangan terbaharunya selepas ini.

 

 

“Goodnight everyone! My first day tomorrow as ‘Sofea’ in #AdelleaSofea, new drama coming soon this December, Akasia TV3. New character, different character, quite challenging, wish me luck!”

Jelas Mira, dia bakal menjalani penggambaran drama rantaian terbaharu Adellea Sofea yang akan menemui penonton menerusi slot Akasia TV3 pada Disember nanti.

Adellea Sofea mengisahkan seorang gadis baik dan solehah yang kemudiannya bertemu dan jatuh cinta dengan sorang jejaka bernama Firdaus. Lelaki yang dianggap akan memberikan 1001 kebahagiaan dan memanisan dalam hidupnya.

Mereka kemudian berkahwin dan bahagia. Namun segalanya berubah apabila rahsia yang disimpan oleh Firdaus selama ini terbongkar. Firdaus rupa-rupanya seorang penagih dadah.

Kehidupan Adellea Sofea bagai dipanah petir dan serba serbi tidak kena. Rumahtangga yang bahagia mula berantakan. Kemuncaknya Firdaus ditangkap dan didakwa atas tuduhan cubaan membunuh isterinya sendiri, Adellea Sofea.

Di set penggambaran drama Adellea Sofea

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : mstar dan hotfm




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top