Masih Teguh Berdiri Di Balai Seni, Ini Kisah Lain Disebalik ‘Rumah Degil’ Viral Yang Ramai Tak Tahu

‘Rumah Degil’ yang terdapat di Chow Kit di tengah-tengah pusat tumpuan ibu kota Kuala Lumpur kembali mendapat perhatian ramai apabila timbul isu tanah yang terdapat di Kampung Baru pada waktu ini. Namun begitu, tidak ramai yang mengetahui sejarah sebenar mengenai rumah tersebut.

Melalui satu perkongsian di laman Facebook, seorang lelaki telah menceritakan serba sedikit mengenai kisah Rumah Pusaka yang terletak di tengah kota Kuala Lumpur.

Harini aku nk bercerita berkaitan kisah Rumah Pusaka No 41, Chow Kit Kuala Lumpur.

Seperti mana yang kalian sedia maklum di dalam post aku yang terdahulu (November 2017) berkaitan Rumah Pusaka No 41 ni merupakan rumah Melayu yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur dan tersepit di antara bangunan-bangunan yang pesat membangun.

Oleh yang demikian rumah tersebut telah dibuka komponennya setelah dibeli oleh Jabatan Warisan Negara dan didirikan di atas tanah yang baharu. Lokasi pembinaannya di Balai Seni Negara.

Di atas semangat perjuangan warisan, rumah ini berkait rapat dengan salah seorang pengasas Kuala Lumpur suatu ketika dahulu iaitu Sutan Puasa menyebabkan Rumah ini perlu dibangunkan semula.

Dibina oleh Haji Jaafar dan dikatakan rumah ini pernah menjadi kubu kuat masyarakat Mandailing di Kuala Lumpur dari sebarang bentuk ancaman daripada tentera Jepun.

Ada sekumpulan NGO menggelar Rumah Degil dan video dokumentari pasal rumah ni juga telah disiapkan.

Dari aspek konservasi apa yang boleh dilihat ialah penggunaan semula kayu yang masih elok bagi mengekalkan nilai keaslian bahan. Penggunaan cat serta warna asal rumah tersebut, motif ataupun kerawang yang terdapat pada rumah tersebut.

Ada yang bertanya macam mana sesebuah tapak, bangunan mahupun objek di wartakan sebagai Warisan.

Ok kalian boleh rujuk Akta Warisan Kebangsaan 2005 iaitu seksyen 67 (2) terdapat 10 kriteria yang membolehkan sesebuah itu di istiharkan sebagai warisan, cukup memenuhi salah satu criteria pun dah boleh dah.

Rumah ini mengikut jangkaan akan siap pada ogos bulan 2018 tetapi atas sebab yang tidak dapat dielakkan makanya pembinaan tersebut terpaksa dilanjutkan. 


#KonservasiBangunanWarisan
#MovieUPversiMalaysia

Kisah rumah ini juga pernah mendapat perhatian rata-rata media tempatan dan pelbagai video dokumentari telah dibuat bagi menceritakan kisah disebalik ‘Rumah Degil’ ini. Tonton video berikut bagi mendapat lebih pencerahan mengenai rumah tumpuan orang ramai ini.

Sumber: Syed Iskandar / Front Desk




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top