‘Macam beli keropok lekor’ TMJ hadiah lebih 30 biji iPhone 11 kepada pekerja JDT

Telefon pintar keluaran terbaru Apple iaitu iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone Pro Max menjadi kegilaan ramai setelah tiga model tersebut tiba di Malaysia sejak minggu lalu.

Bagi peminat tegar yang berkemampuan, mereka sudah pasti menjadi antara orang terawal yang beratur di hadapan kedai untuk mendapatkan iPhone berkenaan.

Tapi lebih beruntung sekiranya menjadi kakitangan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menerima kejutan berupa iPhone 11 Pro baru-baru ini.

Bukan satu atau lima, tetapi lebih 30 buah telefon bimbit diberi TMJ kepada kakitangan beliau sebagai tanda penghargaan yang bekerja keras demi mengharumkan nama negeri Johor.

Perkara itu boleh dilihat menerusi laman Instagram Official Johor yang memaparkan sekumpulan kakitangan mengambil iPhone masing-masing serta mengucapkan terima kasih kepada TMJ.

Rata-rata netizen memberi pelbagai reaksi mengatakan kakitangan TMJ sememangnya bertuah dan tidak kurang ada juga yang berhasrat ingin bekerja di situ.

Setelah kejayaan demi kejayaan yang di capai oleh pasukan JDT dan beberapa hari yang lepas melakar kejayaan melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia menumpaskan Terengganu FC tanpa pekerja-pekerja JDT ini amat sukar untuk merialisasikan segalanya.

 

 

KEBERANGKATAN TIBA DYAM TUNKU MAHKOTA ISMAIL IBNI SULTAN IBRAHIM, PEMANGKU RAJA DI STADIUM TAN SRI DATO’ HAJI HASSAN YUNOS, LARKIN BAGI MEMBERI SOKONGAN KEPADA PASUKAN JOHOR DARUL TA’ZIM | 28 SEPTEMBER 2019

Macam beli keropok lekor je

Macam pisang goreng pun boleh

Dia bagi gitu je

Nak kerja situ

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : ohmymedia




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top