Luahan Remy Ishak bila kalah dalam Anugerah Bintang Popular ABPBH

Sesetengah orang memang ada memasang niat untuk bergelar seorang pelakon namun realitinya, tidak ramai yang tahu tentang cabaran yang bakal dihadapi.

Dalam erti kata lain, tidak semua berpeluang menjadi ‘bintang’ malah ada yang masih kekal merangkak sebagai ‘extra’ biar pun sudah ratusan filem atau drama disertainya. Namun begitu, jika anda berjaya menempatkan diri sebagai seorang pelakon yang kekal relevan tanpa terpalit sebarang kontrversi yang melampau, itu sudah menjadi satu pencapaian yang baik.

Bintang filem Sangkar, Remy Ishak akur dengan keputusan untuk hanya berada di kedudukan lima terbaik sahaja dalam Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32) kali ini.

Remy kalah kepada Syafiq Kyle dan Fattah Amin untuk kategori Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon Filem Lelaki Popular. Namun, Remy memenangi kategori Gandingan Serasi Drama Popular bersama Mira Filzah untuk drama Pujaan Hati Kanda.

Untuk rekod Remy pernah dua kali memenangi kategori Pelakon TV Lelaki Popular pada tahun 2010 dan 2011.

Kekalahan Remy bagaimanapun tidak mematahkan semangat dan impian peminat untuk melihat aktor bertubuh sasa menggondol anugerah biarpun bukan berlandaskan populariti semata-mata.

“Apa yang kamu perlukan bukan anugerah populariti sebaliknya anugerah pelakon lelaki berkualiti yang dinilai oleh produser dan pengarah,” tulis @imslsk.

“Kamu di tahap berbeza. Tak perlu anugerah popular tetapi kamu sudah yang terbaik. Semua pun tahu,” tambah @MissEl_E.

“Untuk kekal popular selama 15 tahun dalam industri ini tak mudah. Ia pencapaian membanggakan,” tulis @sleeplessinkl69 pula.

Kata Remy, sepanjang 15 tahun bergelar anak seni, dia jarang memenangi anugerah berdasarkan populariti dan undian peminat.
“15 tahun aku berada dalam industri hiburan tanah air dan kerap berada di top 5 ABPBH. Selalu melihat pemenang bersilih ganti. Itupun sudah terlalu cukup memadai dan berharga. Bukan mudah untuk bertahan. Terima kasih kepada rakan-rakan dan peminat yang selalu menyokong,” tulis Remy menerusi akaun Twitternya awal pagi tadi.

Menjadi seorang pelakon tak seindah yang disangka. Jika dihadapan peminat, kerjaya sebagai seorang pelakon kadangkala dianggap mudah dan hebat kerana dipakaikan busana yang menarik dan disolek cantik.

Menjadi seorang pelakon memerlukan komitmen yang tinggi. Pelakon bekerja kuat untuk menjayakan sesuatu watak. Sebelum menjayakan sesebuah karakter, pelakon harus membuat kajian agar watak dibawakan berkesan.

Orang hanya melihat hasil sesebuah drama dan telefilem tetapi proses pembikinan itu memakan masa yang lama dan kadang-kadang memenatkan.

Sumber: astrogempak




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top