Kejam! Anjing dianiaya, pinggangnya diikat dengan dawai besi


Malang nasib seekor anjing apabila haiwan itu dianiaya oleh individu yang tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkannya cedera. 

Tergamak individu terbabit melilit pinggang haiwan itu dengan dawai besi dengan ketat menyebabkan anjing itu cedera dan sukar untuk duduk atau baring. 

Mujur anjing itu ditemui oleh insan yang berhati mulia lalu membawanya ke klinik haiwan untuk diselamatkan. 

"Beberapa hari lalu, kami selamatkan anjing betina ini yang menderita kesakitan. Pinggangnya dililit kuat dengan dawai besi membuatkan dia sukar untuk duduk atau baring," katanya. 

Difahamkan, pihak My Pets Heaven sudah cuba mencari anjing itu sejak dua bulan lalu tetapi gagal menemuinya sehinggalah baru-baru ini. 

"Macam mana mereka boleh tergamak aniaya haiwan ini? Dawai itu diikat dan disimpul. Kami potong dawai tersebut selepas anjing itu diberi ubat penenang."

Video boleh ditonton di Instagram My Pets Heaven



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top