Kata Kata Makan Dalam Dari Neelofa

Terdahulu, kelihatan air mata Noor Nabila Mohd Noor gugur ketika memberikan kenyataan di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebentar tadi apabila kes tuntutan perceraian ditolak suaminya, Sharnaaz Ahmad.

Netizen beranggapan tiga status yang ditulis oleh Neelofa dengan menggunakan ayat ‘aktor’ seakan-akan memerli dan ditujukan kepada pelakon Sharnaaz Ahmad yang menolak permohonan cerai kakaknya, Noor Nabila di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.

Pengacara MeleTOP, Neelofa telah mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet apabila memuat naik beberapa kemas kini di laman Twitternya sebentar tadi.

Berikut merupakan kemas kini tweet dari Neelofa:

“ Saya jarang berkongsi mengenai perasaan saya, apa yang saya rasakan… Mmm tapi nampaknya ini dah semakin melampau!”

“ Saya baru sahaja menonton ‘drama’ terbaik. Cuba teka siapakah aktor tersebut? You k1lled it!”

“ Sekarang… Pemenang bagi anugerah aktor terbaik jatuh kepada…”

Berikutan penolakan kes tuntutan perceraian, Hakim Syarie Tuan Ahmad Muttaqi Ismail memutuskan supaya kedua-duanya hadir semula ke mahkamah pada 30 September ini untuk perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Bagaimanapun Sharnaaz menjelaskan dia hanya mahu mencari pendamaian dan penyelesaian yang baik.Ramai pasangan yang suka berbalah dan bergaduh hal yang remeh-temeh. Tahu atau tidak, hal sekecil kuman yang kerap kali dijadikan isu penyebab rumahtangga bergolak. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, di situ ada rezeki akan tersekat.

Dalam pada itu, tweet yang ditulis Neelofa atau lebih mesra dengan panggilan Lofa ini juga turut menerima pelbagai reaksi netizen.

Selain itu, menerusi satu lagi tweet yang ditulis Neelofa, dia berharap agar segala urusan yang melibatkan keluarganya dipermudahkan oleh Tuhan.

Sedangkan lidah lagikan tergigit, ini pula suami isteri.Itu perumpamaan biasa yang sinonim dengan pasangan yang sudah berkahwin

Sumber:nyetmeqnaz




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top