‘Hebat’ Memey sanggup jadi ibu susuan bayi pra matang Abby Abadi

Sanggup mengambil risiko demi zuriat yang telah lama dinantikan, semalam pelakon Abby Abadi telah melahirkan seorang bayi lelaki seberat 540 gram.

Dilahirkan ketika usia kandungan berusia 24 minggu, zuriat hasil perkahwinan Abby bersama suami, Jai Ezzany, merupakan bayi pra-matang yang memerlukan perawatan dan penjagaan rapi.

Memey berikan susu badan untuk anak Abby

Memandangkan dilahirkan pra-matang, bayi pelakon Gerak Khas tersebut yang kini digelarkan sebagai baby D sangat memerlukan susu ibu yang secukupnya.

Memey mengambil tanggungjawab ini untuk memberikan juga susu badannya kepada Baby D, bagi memastikan bayi Abby dapat membesar dengan sempurna dan sihat.

“Mama mummy bergabung supaya baby cukup keperluan untuk terus membesar dengan sihat…”

 

 

Bukti kasih sayang Memey pada Abby

Menerusi video yang dimuat naik Memey, memaparkan Abby sudah beransur stabil ketika dia datang melawat. Boleh dlihat bahawa Memey sangat menyayangi bekas isteri suaminya itu.



Sebak tengok video ni
Melihat kasih sayang dan kesanggupan Memey untuk menyusukan bayi Abby, telah membuat ramai yang berasa sebak dan terharu dengan silaturahim yang terjalin antara mereka.

sumber : memey suhaiza  kredit : ohmymedia

 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top