Gila, Ibu Sekongkol Dengan Anak Bunuh Anak Angkat, Lakukan Sumbang Mahram Sebelah Mayat Mangsa

Cibadak, Indonesia – Kerana pengaruh video lucah, dua orang remaja bersama ibu mereka bertindak kejam apabila bersekongkol melakukan jenayah rogol dan bunuh ke atas anak angkat keluarga mereka berusia 5 tahun.

Menurut Ketua Polis Sukabumi, AKBP Nasriadi, mangsa pada mulanya diperkosa oleh salah seorang saudara angkatnya (RD) berusia 14 tahun di dalam bilik air rumah mereka sebelum diketahui oleh abang remaja berkenaan (RG)  yang berusia 16 tahun pada 22 September lalu.

Malang baginya apabila si abang bukan membantu, malah menyertai adiknya melakukan perbuatan terkutuk itu.

“RG turut memperkosa mangsa yang ketika itu telahpun pengsan,” kata Nasriadi.

Ketika mereka sedang melakukan perbuatan terkutuk tersebut, si ibu, SR yang berusia 35 tahun pulang ke rumah untuk mengambil dompetnya yang tertinggal dan memarahi kedua-dua beradik itu sebelum menampar salah seorang daripada mereka, RG.

Marah dengan tindakan ibunya, RG kemudiannya cuba membunuh kanak-kanak tersebut dengan menjerut leher mangsa dengan kain.

Keluarga gila

Kredit: Jurnal Patroli News

Menurut Nasriadi, SR dikatakan telah melakukan hubungan sumbang mahram bersama kedua-dua anak lelakinya beberapa kali sebelum ini. Akibat cemburu melihat anaknya memperkosa mangsa, dia menampar salah seorang daripada mereka sebelum sama-sama membunuh mangsa.

“Si ibu bukan menyelamatkan mangsa ketika dicekik, bahkan turut membunuh mangsa dengan memukul dan mencekik lehernya menggunakan tangan.”

Setelah itu, mereka membuat perkara sumbang tersebut di hadapan mayat mangsa.

“Dia juga merancang untuk membuang jasad mangsa ke Sungai Cimandiri dari atas jambatan, bersama kedua-dua anaknya,” kata Nasriadi.

Mayat mangsa ditemui tersangkut pada batu sungai Cimandiri oleh pemancing ikan di sekitar. Hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan fizikal pada leher dan kemaluannya, tambahnya.

Bertukar-tukar keluarga angkat

Nadia sebelum ini diserahkan ibu kandungnya kepada beberapa keluarga untuk menjadikannya anak angkat kerana masalah kewangan. Wanita itu dikatakan telah bercerai dengan bapa kandung mangsa.

Keluarga angkatnya sebelum itu terpaksa menyerahkan kembali Nadia kepada ibu kandungnya selepas ibu angkatnya jatuh sakit.

Setelah itu, si ibu menyerahkan Nadia kepada keluarga SR yang menerima kanak-kanak itu kerana tidak mempunyai anak perempuan.

Sering didera

Menurut jiran mangsa, mangsa disyaki sering didera oleh ibu angkatnya yang terkenal dengan sifat bengis.

“Waktu itu Nadia ke warung berjumpa saya. Saya lihat mukanya biru-biru, saya tanya kenapa? Dipukul mama katanya. Waktu itu juga dia tunjukkan bekas seterika di pahanya,” kata salah seorang penduduk setempat, Elin Harlina.

Seorang jiran lain juga pernah dikasari sehingga terkapit tangan dipintu apabila dia menegur supaya tidak mendera kanak-kanak itu.

“Ketika itu SR datang marah-marah ke rumah. Dia marah kerana saya tegur dia agar tidak terus menyeksa mangsa. Tangan saya tersepit pintu olehnya,” kata jiran lain yang mahu identitinya dirahsiakan.

Mereka juga pernah melaporkan penderaan ke atas mangsa kepada pihak polis ketika menemui kanak-kanak berkenaan yang lari daripada rumah.

Pandai ‘berlakon’

Menurut portal media tempatan, Sukabumi Update, penduduk setempat yang menghadiri upacara pengebumian mangsa, mendakwa SR berpura-pura untuk menutup aksi kejamnya. Ketika mayat mangsa ditemui, dia cuba meyakinkan orang ramai termasuk pihak polis bahawa kanak-kanak itu mempunyai sejarah sawan.

Dia juga berpura-pura sedih ketika pengebumian mangsa tidak jauh dari rumahnya,

“Pura-pura sedih tapi tak ada air mata,” kata salah seorang penduduk yang menghadiri upacara tersebut pada Isnin lalu.

Sumber: Sukabumi Update




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top