‘Gambar terakhir bersama’ Siapa cuba rampas Engku Emran dari Laudya Cynthia Bella

Pelakon terkenal Indonesia, Laudya Cynthia Bella mengambil keputusan tidak akan berkongsi gambar bersama suaminya, Engku Emran lagi di laman media sosial.

 

Menerusi laporan Hot Detik, difahamkan pelakon berusia 31 tahun itu bertindak sedemikian kerana risau sekiranya Engku Emran menjadi sasaran wanita perampas.

Menerusi Insta Story, dia memuat naik sekeping gambar bersama suaminya yang bertarikh 8 Julai 2018 serta kapsyen berbaur amaran.

 

 

“Insya-Allah ini muat naik terakhir! sama suami. Soalnya wanita-wanita zaman sekarang, mereka suka mahu sama yang kita punya. “Kalau memang mahu, mintanya pada Allah ya mbak, tante, de (kakak, makcik, adik),” katanya.

 

Walau bagaimanapun, pelakon filem Di Bawah Lindungan Ka’bah itu tidak memberitahu lebih lanjut mengenai perkara berkenaan.

Zaman sekarang bermacam-macam ragam manusia jadi kita kena berhati-hati sebab kita tak kenal hati budi sesiapapun jadi cara Laudya ini boleh dipuji agar terhindar dari benda-benda negatif disamping menjaga kerukunan rumahtangganya dan hidup suami isteri tanpa gangguan mana-mana pihak.

Pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 8 September 2017 di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

 

sumber : hot detik

 

 




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top