Dakwa Cuba Cetus Provokasi, Penyokong Indonesia ‘Curi’ Jalur Gemilang

Ekoran kejadian rusuhan yang didakwa terjadi di Stadium Gelora Bung Karno setelah tamat perlawanan, ramai individu yang tampil berkongsi pelbagai video ‘menceritakan’ situasi di sana.

Insiden tegang ini dipercayai sudah mula dinyalakan apinya sejak dari awal lagi iaitu ketika  para penyokong Harimau Malaya melangkah masuk ke perkarangan stadium.

Seorang individu ada berkongsikan video yang terjadi sewaktu berlawanan masih berlangsung yang memaparkan sekumpulan penyokong Indonesia yang menghampiri tempat duduk penyokong Malaysia.

Tidak terhenti setakat itu, salah seorang dari kumpulan terbabit didakwa telah mengambil bendera Jalur gemilang dan berlari seolah-olah cuba untuk menimbulkan provokasi.

Sumber: Twitter




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top