Cemburu, isteri kelar & tikam kemaluan suaminya yang sedang tidur


Perasaan cemburu yang melampau mendorong seorang wanita mengelar dan menikam kemaluan suaminya menggunakan pisau. 

Dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.30 malam tadi di sebuah rumah kedai di Jalan Bestari Meru, Jelapang, mangsa yang juga warga Sri Lanka berusia 40 tahun cedera di bahagian kemaluan dan leher. 

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Mohamad Nordin Abdullah berkata, mangsa kemudian keluar dari rumah untuk mendapatkan bantuan. 

Siasatan polis mendapati, kesan darah ditemui di tilam sehingga ke luar bangunan. Malah turut menemui sebilah pisau yang digunakan suspek dalam kejadian itu, yang telahpun dibersihkan. 

Suspek berusia 48 tahun itu bagaimanapun telah melarikan diri. 

Difahamkan, pasangan terbabit masuk ke negara ini secara sah dan menyewa di rumah kedai tersebut. 

Berdasarkan video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hanya dapat melihat mangsa berlari keluar dari tempat kejadian. Polis percaya kejadian itu berlaku ketika mangsa sedang tidur dan bermotifkan cemburu. 

Mangsa kini berada di Hospital Raja Permaisuri Bainun Ipoh untuk mendapatkan rawatan. 

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga. 

Sumber: Sinar Harian



r

Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top