Angkasawan UAE pertama,rupanya ini cara solat dan puasa di angkasalepas

DUBAI: Angkasawan pertama Emiriah Arab Bersatu (UAE) diberi garis panduan cara beribadah di angkasa lepas.
Angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) menyaksikan 16 matahari terbit dan terbenam sehari seterusnya menyukarkan ibadah, contohnya solat dan berpuasa, lapor Daily Mail.

Hazzaa Al Mansouri dipilih daripada lebih 4,000 orang untuk menjadi angkasawan pertama UAE.

Beliau yang akan berlepas dari Kazakhstan hari ini diberi garis panduan beribadah oleh Pihak Berkuasa Hal Ehwal Islam Dubai.

Menurut The National, dia dinasihatkan menunaikan solat mengikut waktu ditetapkan di Makkah.

Angkasawan Malaysia, Sheikh Muszaphar Shukor sebelum ini dinasihatkan mengikut waktu solat di Kazakhstan di mana roket membawanya berlepas, pada Oktober 2007.

Bagaimanapun, UAE menetapkan Makkah lebih sesuai berbanding negara tempat dia berlepas kerana ia bandar paling suci dalam agama Islam.

Selain itu, untuk menyelesaikan masalah kiblat, dia dinasihatkan menghadap bumi ketika solat, namun jika terlalu sukar Hazzaa dibenarkan menghadap ke mana saja untuk menunaikan ibadah itu.

Hazzaa juga diingatkan cuba sedaya upaya berwuduk sama ada menggunakan air jika ada atau sekadar bertayamum jika tidak.

Selain itu, puasa masih diwajibkan ketika Ramadan walaupun berada di angkasa.

“Penting untuk angkasawan mengetahui waktu ditetapkan ketika bulan suci itu,” kata garis panduan berkenaan.
Bagaimanapun, Hazzaa hanya akan berada di angkasa selama lapan hari.

Hazzaa akan menyertai angkasawan Russia Oleg Skripochka dan Amerika Syarikat (AS), Jessica Meir di ISS.
Menurut NASA dia dijadualkan kembali ke bumi pada 3 Oktober ini, manakala dua rakannya pulang pada musim bunga tahun depan.

Dia bakal menjadi angkasawan ketiga dari negara Arab, selain yang pertama ke angkasa sejak 1980-an.
Pada 1985, Sultan bin Salman Abdulaziz Al Saud dari Arab Saudi menyertai misi Space Shuttle AS, manakala Muhammed Faris dari Syria menyertai misi oleh Kesatuan Soviet, dua tahun kemudian.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : hmetro




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top