Adakah Nabila ingkar perintah suami,rupanya ini sebenarnya permohonan nusyuz dari Sharnaaz

Sharnaaz Ahmad telah memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya, Noor Nabila Mohd Noor di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, memetik laporan Harian Metro.Nusyuz bermaksud seorang isteri itu ingkar perintah suami.

Bintang filem Juvana berusia 34 tahun itu telah diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader memfailkan permohonan tersebut pada 19 September lalu.

Ketika ditemui media selepas prosiding, Sharnaaz memberitahu, dia berbuat demikian adalah bagi memperbetulkan keadaan serta spekulasi yang berlegar-berlegar mengenai rumah tangga mereka.

“Sebab utama adalah untuk kita sama-sama selesaikan perkara ini dengan cara yang paling baik. Yang paling penting adalah untuk kebaikan bersama,” katanya seperti yang dipetik.

Terdahulu pada prosiding di hadapan Hakim Syarie Ahmad Muttaqi Ismail, Akberdin memaklumkan pihaknya juga telah menyerahkan s@man kepada pihak Noor Nabila pada 22 September lalu.

Perkara itu disahkan peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Noor Nabila yang kemudian memohon satu tarikh bagi memasukkan pembelaan mereka. Mahkamah kemudian menetapkan 6 November ini untuk sebutan semula kes.

Sementara itu, mahkamah sama turut menetapkan 6 November ini untuk jawatankuasa pendamai (JKP) yang dilantik Sharnaaz dan Noor Nabila mengemukakan laporan berhubung kemelut rumah tangga mereka.

Ahmad Muttaqi menetapkan tarikh itu selepas prosiding pelantikan wakil JKP oleh kedua-dua pihak, hari ini.
Sementara itu, kakak kepada usahawan dan pelakon, Neelofa itu telah melantik bapa t@rinya, Abdul Halim Khan, manakala Sharnaaz melantik kakaknya Dr Sherrini Ahmad Bazir Ahmad sebagai wakil.

Dalam proses percer@ian, JKP terdiri daripada anggota keluarga rapat dengan satu pasangan terbabit, akan memberi nasihat dan mencari jalan penyelesaian.

Perlantikan JKP itu berikutan aktor berkenaan yang tidak bersetuju dengan tuntutan cer@i Nabila yang memfailkan permohonan cer@i secara baik pada 27 Ogos lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Noor Nabila memfailkan interim hadanah (hak jagaan anak sementara) terhadap anak tunggal mereka, Jebat Jayden di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 13 September lalu.

Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.

Bagaimanapun, rumah tangga pasangan selebriti ini kembali menjadi perhatian pada 29 Ogos lalu apabila sebuah portal menyiarkan artikel kononnya Noor Nabila memfailkan perceraian terhadap Sharnaaz.

Ia menjadi bualan selepas wanita terbabit berkongsi foto yang dipercayai dirakam di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur di Instagram Story, baru-baru ini.

 

sumber : MH




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top