Ada netizen bidas Bella buat live dengan bekas suami Aliff,akhirnya Bellla buka mulut

Bagi pandangan mata masyarakat, sudah tentu kita sama-sama tahu bagaimana orang memandang status sosial tentang seorang janda, atau yang beberapa kali menjanda, kawin crai lebih dari satu kali atau siapa lelaki yang mau sama janda.

Meski kita tidak pernah atau belum mengalami, tapi kita sering mendengar stigma di masyarakat tentang yang satu ini kan?
Namun terkadang manusia itu sendiri yang merasa berhak untuk menjudge, melecehkan, mengina, merendahkan, dan menghakimi kehidupan pribadi seseorang.

Itulah uniknya penyakit yang bersarang dalam hati masyarakat sekarang ini. Mungkin penyakit itulah yang tak ada ubatnya dan tak dijual dimanapun sehingga sampai sebegitu parahnya.

Gara-Gara ada melakukan sesi ‘Live IG’ bersama bekas suami, Aliff Aziz, Bella Astillah mendapat reaksi pelbagai netizen, termasuk ada yang membuat telahan bahawa penyanyi dan pelakon ini sengaja mahukan perhatian.

 

Malah, ada yang turut menasihati dan meminta Bella agar tidak lagi melakukan perkara sama. Terdahulu difahamkan, sedutan sesi tersebut turut dikongsi pengguna Twitter yang pada awalnya sebak dengan aksi dua bintang yang pernah bergelar suami dan isteri itu.

Bagaimanapun, menerusi Insta Stories milik ibu tunggal ini, Bella ada memberitahu apa sahaja perkara yang dilakukan adalah haknya dan netizen berhak untuk berkata apa sahaja, sama ada untuk raih glamor atau sebagainya.

“Apa yang saya mahu buat itu semua adalah hak saya, termasuklah Instagram saya. Soal netizen cakap tentang nak glamor atau sebagainya adalah hak masing-masing. Yang penting saya tahu niat saya. Mungkin menjadi lumrah orang-orang selepas bercerai kalau boleh tak nak bersua muka atau bermusuh. Maaf, tidak saya. And excuse me tiada siapa yang kahwin untuk bercerai. Bercerai itu perih tapi itulah takdir yang harus diterima,” maklum Bella.

Malah, kakak kepada Didie Astillah ini juga mengakui dalam hal ini, mereka masih mempunyai anak yang memerlukan kasih si bapa.

“In my case, kami ada anak, Ayden. He still needs his father. Harap sangat fikiran jangan terlalu kolot. Kita berhubung baik adalah untuk anak dan siapa tahu kalau memang masih ada jodoh. Hidup, ajal mati, perpisahan semuanya bukan di tangan kita. Lebih baik kita perbaiki diri, cermin diri daripada ambil tahu tentang perkara yang tidak membawa manfaat kepada diri. Semoga menjadi iktibar,” tulisnya panjang lebar.

Kembali mengimbas, Bella dan penyanyi asal Singapura itu diijabkabulkan pada 9 September 2016 dan hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Mohamad Ayden Adrean yang mencecah usia dua tahun kini.

Bagaimanapun, pasangan ini mengambil keputusan untuk bercrai pada 16 Mei lalu.

Setiap orang melalui jalan dan cabaran yang berbeza dalam mengharungi liku-liku kehidupan di dunia ini. Sekilas pandang, kita tidak tahu apa dugaan yang terpaksa dihadapi oleh seseorang itu, sebab itu kita tidak boleh menilai orang lain melalui status atau luarannya sahaja.

Sudah menjadi stigma sesetengah masyarakat kita yang mempunyai pandangan negatif terhadap janda. Namun, pernahkah kita cuba untuk menyelami isi hati mereka? Tahukah kita betapa peritnya mereka mengharungi kehidupan lantaran memikul status tersebut?

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. page Kami

sumber : MH




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top