5 Cara Cairkan Maskara Yang Kering Dan Bergumpal

 

Antara item kecantikan yang wajib ada bagi wanita adalah maskara. Tak pakai pembayang mata tak mengapa asalkan pakai maskara.

Tapi masalah yang biasa berkait maskara adalah ia cepat kering dan bergumpal yang memberi kesan yang sama bila diaplikasikan pada bulu mata. Hasilnya nampak tak natural.

Jika berdepan masalah ini, maskara jangan dibuang sebaliknya boleh gunakan lima tip ini.

1. Rendam dalam air panas

Rendam maskara yang kering dalam mug berisi air panas tapi bukanlah yang mendidih. Rendam selama lebih kurang lima minit dan lihat hasilnya.

2. Baby oil

Kebanyakan rumah mesti ada baby oil jadi titiskan minyak ini untuk mencairkan maskara. Letak dalam 1-2 titis kemudian goyangkan berus maskara. Elak meratakan minyak dengan cara mengepam berus maskara berulang kali.

3. Ubat titis mata

Selain untuk merawat mata yang kering, ubat ini juga boleh mencairkan maskara yang sudah bergumpal. Letak beberapa titis ubat mata ini dalam maskara mengikut kadar kecairan yang dikehendaki.

4. Gel lidah buaya

Ini pula menggunakan bahan semula jadi. Tambahkan sedikit saja (hujung jari) gel lidah buaya dalam maskara yang kering. Putarkan maskara menggunakan kedua telapak tangan anda supaya gel tadi sebati dalam maskara.

5. Petroleum jelly

cara ini hanya sesuai digunakan untuk maskara yang kering dan bukan bergumpal. Letakkan Cpetroleum jelly pada maskara dalam ratakan menggunakan berus maskara.

 

Tip Elak Maskara Kering

Jangan mengepam berus maksara sebelum menggunakannya, ia akan menyebabkan udara masuk dan mengeringkan maskara. Sebaliknya goyangkan sikat maskara ke kiri atau kanan untuk sebelum menggunakannya.

The post 5 Cara Cairkan Maskara Yang Kering Dan Bergumpal appeared first on Vanilla Kismis.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top