3 Teknik Angkat Barang Berat Di Rumah Supaya Tulang Belakang Tak Cedera

 

Kita selalu angkat barang berat di rumah tanpa memikirkan risikonya. Angkat tong gas, sofa, kotak berat, almari dan sebagainya mungkin boleh dilakukan sendiri tapi cukup berisiko pada tulang belakang jika diangkat dengan cara yang salah.

Ia boleh menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang dan memberi kesan pada jangka masa panjang. Mengangkat barang atau beban dengan cara yang salah juga boleh mengakibatkan masalah Muskuloskeletal disease disorders (MSDs).

Cara salah, angkat sambil bongkok

Mengangkat barang berat sambil membongkok atau bahagian belakang melengkung. Cara inilah yang boleh menyebabkan menjejaskan bahagian belakang.

3 cara betul angkat barang berat

1. Lurus belakang angkat

Rapatkan tubuh dengan barang berat sedekat. Semakin jauh beban dari badan, semakin ianya ditanggung berat.Angkat barang sambil meluruskan bahagian belakang. Cara ini beban barang turut disokong oleh tangan.

2. Cangkung, lurus angkat

Teknik ini sama seperti senaman squad. Pastikan barang yang berat perlu diangkat dekat dengan badan. Duduk mengcangkung kemudian angkat sambil meluruskan bahagian belakang.

3. Bengkok lutut, belakang lurus

Bengkokkan satu lutut mencecah lantai, dan satu lagi dibengkokkan 90 darjah. Angkat barang dengan bahagian belakang diluruskan. Teknik ini sesuai untuk barang yang tidak berapa berat (rujuk video).

Perkara penting yang perlu diingat ketika mengangkat barang berat adalah memastikan bahagian belakang lurus bukan melengkung atau membongkok.

 

The post 3 Teknik Angkat Barang Berat Di Rumah Supaya Tulang Belakang Tak Cedera appeared first on Vanilla Kismis.




Lagi Menarik Di ViralSini :

0 comments:

Post a Comment

Scroll to top